Connect with us
Kool FM

Berita

Nilai moratorium RM81.9b setakat 28 Ogos

Published

on


KUALA LUMPUR: Nilai moratorium bayaran balik pinjaman institusi kewangan yang berkuat kuasa sejak 1 April dianggarkan berjumlah RM81.9 bilion setakat 28 Ogos lalu.

Menurut Menteri Kewa­ngan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (gambar), sebanyak RM28.6 bilion daripada jumlah keseluruhan itu telah dimanfaatkan sektor perniagaan manakala selebihnya, RM53.3 bilion dimanfaatkan peminjam individu.

Beliau berkata, menjelang penamatan moratorium secara automatik pada 30 September ini, pihak bank telah meng­hubungi lebih dua juta peminjam setakat 28 Ogos lalu me­rangkumi individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat lain melibatkan perniagaan korporat dan komersial bagi menawarkan bantuan pembayaran pembiayaan.

Tengku Zafrul berkata, seba­­nyak 732,000 peminjam yang mengambil moratorium secara automatik telah kembali meneruskan bayaran ansuran bulanan pinjaman berbanding 336,000 peminjam pada April lalu.

“Institusi perbankan terus bersedia untuk membantu peminjam yang masih terjejas akibat Covid-19 melalui moratorium lanjutan dan bantuan bank bersasar bermula 1 Oktober depan. Inisiatif ini bagi menjamin perniagaan dan isi rumah yang benar-benar memerlukan akan terus dibantu.

“Penemuan dan pembuatan vaksin Covid-19 secara komersial akan mengambil masa. Oleh sebab itu, kita perlu memastikan sistem perbankan negara kekal utuh dan kukuh untuk sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan di masa hadapan,” katanya dalam Laporan Laksana Ke-20 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

Tengku Zafrul berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) serta bank-bank tempatan juga telah mengadakan lebih daripada 100 sesi libat urus melibatkan pihak berkepentingan.

“Dialog diadakan bagi memastikan peralihan moratorium secara automatik kepada program bantuan lebih bersasar berjalan dengan lancar. Ini termasuk Kempen Pelan Bayaran Balik Pinjaman yang bertujuan memberi khidmat nasihat serta pelan perancangan bayaran balik pinjaman pasca moratorium,” katanya.

Sementara itu, menurut Tengku Zafrul, sebanyak RM517.9 juta telah disalurkan kepada 10.4 juta penerima bersamaan 69 peratus tahap pencapaian menerusi program ePenjana.

“Bagi merancakkan perbelanjaan dan meningkatkan kembali ekonomi melalui inisiatif pendigitalan dan transaksi yang lebih selamat, rak­yat yang layak boleh menebus RM50 kredit ePenjana dan menerima pada­nan insentif tambahan bernilai RM50.

“Inisiatif ini juga membantu pihak kesihatan awam menjalankan pengesanan kontak rapat melalui penggunaan aplikasi MySejahtera. Penerima ePenjana diingatkan bahawa kredit di dalam e-dompet perlu digunakan sebelum 30 September 2020. Selepas tarikh tersebut nilai kredit akan luput,” katanya. – UTUSAN ONLINE

The post Nilai moratorium RM81.9b setakat 28 Ogos appeared first on Utusan Digital.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement