Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Nasihat ‘Rare’ Untuk Ibu Hamil

Betul-betul rare ni

Published

on

Mungkin ramai di antara pembaca sudah tahu apa itu episiotomi bukan?  Lebih kurang 85% wanita boleh mendapat koyak perineum semasa melahirkan.

Jadi, antara langkah bagi mengurangkan kadar koyakan perineum ialah dengan melakukan urutan perineum. Ia satu cara menyediakan perineum meregang lebih baik semasa melahirkan bayi.

Semasa dalam proses melahirkan, tisu perineum perlu berada dalam keadaan relaks, tidak tegang bagi membolehkan bayi melalui ruang vagina.

Episiotomy - Wikipedia

Apa kebaikan urutan perineum?

1. Tingkatkan tahap kebolehregangan perineum. Membantu aliran darah lebih baik dan meregang lebih mudah semasa kelahiran.

2. Mengurangkan risiko koyakan perineum yang lebih besar.

3. Membantu dalam proses kelahiran di mana otot perineum si ibu dapat meregang dan kurang koyakan perineum.

4. Kurang rasa sakit di bahagian perineum selepas melahirkan.

5. Membantu dalam kes ibu ada parut luka perienum sebelum ini atau perineum yang ‘keras’/rigid.

6. Semua ibu boleh mendapat manfaat daripada urutan ini.

Perineal Massage - How To Massage Your Perineum | BellyBelly

Bila boleh mula urutan perineum?

Daripada 34 minggu dan ke atas.

Siapa yang boleh lakukan?

Anda atau suami boleh melakukan urutan ini.

Berapa lama?

Seberapa lama yang mahu, sekurang-kurangnya 5 minit satu sesi sudah memadai.

Guna apa?

Minyak organik, tanpa wangian seperti minyak zaitun, bunga matahari. Boleh juga guna gel tanpa haruman seperti gel air. Jangan gunakan minyak sintetik seperti ‘baby oil’ atau ‘petroleum jelly’. Pastikan jari dan tangan bersih dan kuku pendek sebelum bermula ya!

Posisi urutan perineum

How to Do Perineal Massage (with Pictures) - wikiHow

1. Baring, lutut dibengkok dan disandar ke tepi (posisi buat ujian smear)
2. Baring dalam tub mandi dan kaki diangkat sebelah
3. Berdiri dengan kaki sebelah diangkat atas kerusi
4. Duduk di atas mangkuk tandas

Teknik urutan perineum

1. Berada dalam posisi dan keadaan yang selesa
2. Biasanya cermin mungkin diperlukan untuk beberapa urutan awal sehingga rasa mahir.
3. Satu atau kedua-dua ibu jari diletakkan di bahagian bawah pinggir bukaan vagina.
4. Perlahan-lahan urutan berbentuk “U” dilakukan ; tekanan daripada ibu jari ke dinding vagina ke arah lubang dubur
5. Lakukan urutan ke atas dan ke bawah berbentuk “U”
6. Ulang urut ikut suka, 5 minit setiap kali, minimum sehari sekali.

Jadi, boleh mulakan bagi yang sudah berusia kandungan 34 minggu ke atas. Jika tidak faham, boleh tonton video di youtube ya!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement