Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Nasib Baik Isteri Kejutkan Jehan Miskin, Kalau Tidak…

Pelakon, Jehan Miskin menerusi laman Instagramnya berkongsi detik cemas apabila telefon bimbitnya terbakar akibat dicaj semalaman.

Published

on

Pelakon, Jehan Miskin menerusi laman Instagramnya berkongsi detik cemas apabila telefon bimbitnya terbakar akibat dicaj semalaman.

Menurut Jehan, kejadian mengejutkan itu berlaku ketika dia dan isteri sedang tidur dan tiba-tiba sahaja ada bau asap dan bunyi kebakaran.

“Seperti mana kebanyakan anda, saya charge telefon semalaman tepi katil. Mujurlah isteri terjaga dari tidur kerana terhidu dan terdengar bunyi  kebakaran lalu mencabut wayar telefon. Tiada lagi caj telefon semalaman, takkan!” tulisnya di laman Instagram.

Dalam pada itu Jehan juga sempat berjenaka menerusi kapsyen dan tanda pagar yang berbunyi “#nasib baik rambut tak terbakar,” ujarnya.

Kejadian yang menimpa Jehan ini seharusnya menjadi pengajaran buat semua agar lebih berhati-hati ketika mengecas telefon bimbit ya!

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement