Connect with us

Hiburan

Nantikan 14 & 15 November Ini Untuk Luahan Kasih Sayang DS Siti Nurhaliza Terhadap Pak Ngah

Al-fatihah..

Published

on

Pada ketika penganjur menawarkannya untuk terlibat sama dalam konsert tribute buat individu yang berjasa kepadanya, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak berfikir dua kali.

Padanya, ia bukan sebuah kehilangan biasa, sebaliknya pemergian yang masih dirasai sehingga ke hari ini.

Image result for pak ngah

Apatah lagi kebanyakan lagu ciptaan Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd. Zain atau lebih mesra digelar Pak Ngah untuknya menyumbang kepada kemegahan nama Siti Nurhaliza.

Persetujuan penyanyi nombor satu tanah air ini dalam menjayakan konsert tribute Karya Agung Pak Ngah pada 14 dan 15 November ini di Istana Budaya adalah pernyataan rasa kasih Siti Nurhaliza kepada insan tersebut

“Apabila diberitahu oleh Mak Ngah (isteri Pak Ngah) penganjur akan mengadakan konsert tribute buat arwah, saya tidak mengambil masa lama untuk bersetuju. Saya menyokong penuh untuk terlibat dalam konsert ini.

Selain mengetengahkan lagu-lagu ciptaan Pak Ngah, ia turut bakal diiringi Orkestra Tradisional Malaysia.

“Arwah banyak mengajar saya terutamanya dalam menyanyikan lagu-lagu tradisional. Beliau juga orang pertama yang bertanggungjawab membawa saya selepas menjadi juara dalam pertandingan Hiburan Minggu Ini (HMI) pada 1995.”

Penyanyi ini juga masih ingat sikap telus dan terus-terang Pak Ngah ketika berkerja.

“Beliau tegur, ‘kau ni sengaja nyanyi macam ini atau silap nyanyi?’ Saya jawab, saya memang nyanyi dengan cara dan gaya lenggok tersendiri. Dia setuju dengan cara saya tersendiri.”

“Bila ditegur itu mula-mula rasa takut juga, lama-kelamaan saya faham. Beliau memang seorang yang suka berterus-terang tetapi hatinya sangat baik.”

Dalam perkembangan lain, Siti Nurhaliza bakal menjayakan konsert di Festival Theatre, Adelaide, Australia pada 18 Oktober ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement