Connect with us
alt_img>

Hiburan

Nadia Brian Rancang Nikah 19 September Ini

Pelakon drama Cinta Tanpa Henti, Nadia Brian selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasih hati, Muizz Nasruddin pada Sabtu.

Published

on

Pelakon drama Cinta Tanpa Henti, Nadia Brian selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasih hati, Muizz Nasruddin pada Sabtu.

Mengenai calon pilihan hatinya, Nadia mendedahkan dia memilih Muizz kerana sifatnya yang bertoleransi.

“Dia seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Sesungguhnya, saya berasa amat bertuah kerana mengenalinya.

“Dia juga amat memahami diri dan kerjaya saya sebagai pelakon,” katanya.

Pada majlis yang bertemakan alam semula jadi itu, Nadia menerima sebentuk cincin berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pihak lelaki.

Untuk pengetahuan, Nadia dan Muizz berkenalan kira-kira dua tahun yang lalu apabila diperkenalkan oleh rakan selebriti iaitu pelakon, Ainul Aishah.

Namun, hubungan cinta antara mereka mula terjalin selepas Muizz melamar Nadia di Paris berlatar belakangkan Menara Eiffel pada Februari lalu.

Nadia turut mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga pada 19 September ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement