Connect with us

Hiburan

Nad Zainal Gementar Lakonkan Watak Siti Hasmah!

Penggambaran pada tahun 2020

Published

on

Pelakon Nad Zainal bakal memegang watak sebagai Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali!

Foto Berita Harian

Dia mengakui perasaannya bercampur baur antara teruja dan gementar apabila diamanahkan untuk menghidupkan watak itu dalam filem biografi serta percintaan itu.

Nad akan bergandingan dengan Hasnul Rahmat yang berlakon sebagai Tun Dr Mahathir Mohamad.

Penggambaran filem akan dimulakan pada tahun 2020, dan sidang media mengumumkan pengarah dan barisan pelakon diadakan pada 7 Oktober.

Selain itu, Nad bakal muncul dalam pementasan teater Makyung Raja Besar Maha Gading, bermula 11 hingga 13 Oktober, di Panggung Sari, Istana Budaya.

Teater tradisional itu turut menampilkan pelakon seperti Rosnan Rahmat, Naque Ariffin, Izzue Islam dan ramai lagi.

Dalam pementasan berkenaan, Nad memegang watak utama sebagai Raja Bongsu yang dianiaya adik-beradik sendiri kerana berebutkan takhta.

Sumber: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement