Semasa & Hiburan
“Muka Copy Paste Mommy”- Netizen Puji Kecomelan Anak Nora Danish
Handsome boy!
Bila namanya seorang ibu, tak sah kalau dalam telefon bimbit tak penuh dengan gambar anak-anak. Lepas tu apa lagi, upload kat Instagram lah kan…
Pelakon Nora Danish baru-baru ini ada berkongsi gambar bersama anak keduanya, Ney Ney atau nama sebenarnya Mohamed Neqayl Nedim.
Amboi, cepat betul masa berlalu. Tahu-tahu dah besar dah Ney Ney. Handsome pulak tu kan?
Rata-rata peminat memuji kecomelan Ney Ney yang dikatakan persis seperti ibunya.
Imbas kembali, Nora mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai pada 20 Jun 2006 dan memiliki seorang anak lelaki, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram. Bagaimanapun, mereka telah bercerai pada Julai 2008.
Kemudian, Nora berkahwin dengan Bossned atau nama sebenarnya Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl Nedim pada Februari 2018.