Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Muhammad Ali DILUCUT Kejuaraan Dunia Sebab Tentera USA

Published

on


Pada 28 April 1967, legenda sukan tinju yang dikenali sebagai Muhammad Ali, ditangkap selepas gagal melaporkan diri untuk berkhidmat sebagai tentera Amerika Syarikat, yang pada waktu tersebut, Amerika Syarikat tengah terlibat dalam Perang Vietnam.

Selepas ditangkap, Muhammad Ali digantung serta-merta daripada terlibat dalam sebarang perlawanan tinju, dilucutkan kejuaraan World Heavyweight Champion yang dipegang sejak tahun 1964 dan dihadapkan ke mahkamah bagi menerima hukuman penjara selama 5 tahun.

Alasan yang diberikan secara terbuka oleh Muhammad Ali untuk menolak daripada menyertai peperangan tentera Amerika Syarikat adalah disebabkan prinsip hidup tak akan terlibat dengan sebarang peperangan agama lain kecuali agama Islam. Dalam masa yang sama, Muhammad Ali juga mempertikaikan kenapa dirinya perlu berperang dan membunuh bangsa berkulit gelap di Vietnam sedangkan bangsa berkulit gelap di tempatnya membesar, Louisville, dilayan seperti anjing. Pada 28 Jun 1971, Muhammad Ali akhirnya bebas daripada dikenakan sebarang hukuman selepas menang melalui proses kes rayuan di mahkamah.

Sambil menanti keputusan mahkamah yang memihak kepada dirinya, Muhammad Ali kembali ke dalam gelanggang selepas dibenarkan semula untuk beraksi dalam perlawanan tinju, menewaskan Oscar Bonavena sebelum bertemu dengan Joe Frazier untuk mendapatkan kembali gelaran World Heavyweight Champion pada tahun 1971.

Perlawanan ni juga digelar sebagai Fight of the Century disebabkan pertemuan antara dua orang peninju terhebat dunia, Joe Frazier dan Muhammad Ali yang tak pernah kalah dalam sebarang perlawanan. Kesudahannya, Muhamad Ali tewas kepada Joe Frazier melalui keputusan juri, kekalahan pertama Muhammad Ali sejak bergelar peninju profesional. Muhammad Ali kembali bergelar World Heavyweight Champion untuk kali ke-2 selepas berjaya menewaskan George Foreman menerusi keputusan knockout dalam perlawanan separuh mati pada 30 Oktober 1974.

Muhammad Ali yang lahir dengan nama Cassius Marcellus Clay Jr. pada 17 Januari 1942, secara rasmi memeluk islam tak lama selepas menang gelaran World Heavyweight Champion buat pertama kali, menewaskan Sonny Liston pada tahun 1964. Muhammad Ali disahkan meninggal dunia ketika berumur 74 tahun pada 2 Jun 2016.

Pada tahun 1996, sebuah filem dokumentari bertajuk When We Were Kings, menceritakan mengenai perlawanan Muhammad Ali menentang George Foreman yang digelar Rumble in the Jungle, ditayangkan kepada umum. Pihak produksi mengambil masa selama 22 tahun sebelum ditayangkan secara rasmi. Filem ni juga berjaya menang anugerah Best Documentary Feature di Academy Awards pada tahun 1996.

KATALAKI: Nice gak kalau nak layan perlawanan Muhammad Ali kat YouTube sementara berkurung kat dalam rumah.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement