Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Donna

Momen Sedih Bersama Suami Di Bawa Ke Pentas #SitiNurhalizaOnTour

Demam konsert jelajah #SitiNurhalizaOnTour di Malaysia, sabtu lepas pastinya belum lagi tamat.

Published

on

Demam konsert jelajah #SitiNurhalizaOnTour di Malaysia, sabtu lepas pastinya belum lagi tamat. Lebih kurang 12 ribu penonton yang membanjiri ruangan Axiata Arena terpukau mendengarkan alunan suara merdu dan lantunan  hebat vokal penyanyi kesayangan negara iaitu Dato’Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti.
Namun, tiada siapa tahu di sebalik berdiri kejayaan yang dicapai, dirinya mempunyai seribu satu kisah yang dilaluinya sepanjang melebarkan sayap kariernya sebagai anak seni.

Beruntungnya Donna apabila menjadi portal digital rasmi #SitiNurhalizaOnTour dan diberi kesempatan untuk menemubual beliau di belakang pentas selepas beraksi di pentas. Antara soalan yang sempat Donna tanya adalah momen yang menyentuh hatinya sepanjang usaha untuk melebarkan sayap ke mata dunia.

Jawabnya, dia mengakui banyak sebenarnya momen sebak yang ingin dipertontonkan pada malam itu tetapi yang di tekankan adalah waktu beliau menjaga suaminya, Dato’ Khalid Mohamad Jiwa jatuh sakit akibat kemalangan di New Zealand kerana tidak ramai yang tahu cerita sebenar.
“Saya hanya ingin kongsikan kepada peminat, cerita sebenar bagaimana penat lelah saya seorang isteri mengabadikan diri kepada suami dan bagaimana perasaan saya inginkan suami saya kembali pulih seperti sedia kala. Saya sanggup menghentikan karier saya selama 4 bulan semata-mata untuk menjaga Dato K. Dan untuk persembahan malam ini saya menyanyikan lagu khas buat suami saya iaitu lagu berjudul, Jaga Dia Untukku.
 
Ketahui lebih lanjut dengan klik sini.
Penulis: Donna

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement