Connect with us

Hiburan

Mira Filzah Idam Watak Aksi

Mira mahu keluar daripada comfort zone.

Published

on

Pelakon popular Mira Filzah sememangnya sinonim dengan watak-watak wanita baik atau ‘innocent’ di dalam drama melayu.

Tetapi ramai peminat pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini tidak tahu sebenarnya Mira mahu keluar daripada comfort zone  dan mencuba watak-watak baru.

Menurut Mira, dia mengimpikan membawa babak aksi bagaimanapun perlu memilih tawaran yang sesuai memandangkan dia bertudung.

“Kalau ikutkan hati memang berminat sangat tapi saya terpaksa meletakkan limitation (had) dari segi pemilihan watak.

“Contoh kalau pegang watak sebagai fighter wanita, tak sesuai pula sebab saya bertudung. Jadi, saya tetap kena memlih watak mengikut imej,” katanya.

Sering menerima tawaran karakter sebagai wanita baik, Mira akui ia menyebabkan sesetengah masyarakat ‘terlepas pandang’ dia ada menjayakan watak-watak antagonis.

“Sebenarnya sebelum ini saya pernah juga cuba membawa watak jahat dan seorang yang psiko tapi mungkin orang hanya nampak saya bawa watak yang sama sahaja.

“Tapi saya boleh saja keluar dari zone tu, bergantung pada filem aksi itu macam mana,” ujarnya.

Dalam perkembangan terkini, Mira akan muncul dalam drama aksi Sangkar iaitu menampilkan Mixed Martial Arts (MMA) dan akan ditayangkan seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei pada 29 Ogos ini.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement