Connect with us
Hot Kool Jam

Donna

Menakutkan! Kanser Ovari Pembunuh Senyap Wanita Paling Pantas

Kanser ovari merupakan penyebab kematian paling umum bagi wanita dan sangat bahaya kerana mampu meragut nyawa wanita dalam masa yang singkat

Published

on

Kanser ovari merupakan penyebab kematian paling umum bagi wanita dan sangat bahaya kerana mampu meragut nyawa wanita dalam masa yang singkat. Kanser ovari ialah ketumbuhan, barah dan pertumbuhan sel-sel di luar kawalan yang sangat bahaya berlaku pada kilang telur atau ovari wanita. Sekiranya nenak, mak cik, ibu, kakak, atau adik perempuan anda mempunyai kanser ini, anda juga kemungkinan berisiko.  Bersempena dengan Hari Kanser Sedunia apa kata ambil berat mengenai diri anda dengan mengenal pasti tahap kesihatan diri.

Faktor-faktor wanita berisiko tinggi untuk menghidap kanser ovari:
Pertengahan umur atau berumur 40 tahun ke atas.
Mempunyai sejarah keluarga yang menderita kanser yang sama.
Tidak pernah melahirkan anak.
Mempunyai kanser payudara, kolorektal atau kanser rahim.

Kanser ovari boleh dikesan pada peringkat awal sekiranya setiap wanita menjalankan rutin pemeriksaan secara berkala pada setiap tahun terutamanya pada mereka yang mempunyai faktor risiko di atas. Setiap daripada anda perlu peka terhadap sebarang perubahan yang berlaku kepada diri dengan mengenal pasti simptom-simptom tertentu.
 
Ketahui lebih lanjut dengan klik sini.
Penulis: Donna

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement