Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

“Memalukan!” Keluarkan Kenyataan ‘Racist’, Netizen Desak Samantha Dilucutkan Gelaran Miss Universe Malaysia

Published

on


Ketika dunia sedang sibuk memperkatakan  rusuhan yang amat dahsyat berlaku di Amerika setelah kematian George Floyd. Tiba-tiba Ratu Cantik Malaysia 2017, Samantha Katie James memuat naik sebuah kenyataan yang dianggap racist dan menyinggung perasaan banyak pihak.

Melalui aplikasi Instagram Story yang tular di laman sosial, Samantha meminta agar komuniti kulit gelap di Amerika untuk bertenang dan menganggap bahawa segala yang terjadi adalah cabaran untuk menjadikan mereka lebih kuat.

Bukan itu sahaja, dia juga berkata mereka telah dipilih untuk dilahirkan sebagai individu berkulit gelap di Amerika  dapat mengambil ikhtibar dan pengajaran tertentu.

BACA: Isu George Floyd Lebih Besar Dari Yang Anda Sangkakan

Kenyataan tersebut megundang kemarahan banyak pihak. Ramai yang kecewa dan meganggap Samantha gagal membawa suara  Malaysia yang berbilang kaum.

Turut menyelar kenyataan tersebut ialah pelakon antarabangsa kelahiran Malaysia Henry Golding yang menganggap Samantha tidak tahu apa yang terjadi di Amerika saat ini. Henry berpendapat kenyataan berbaur  perkauman itu seharusnya tidak keluar daripada mulut rakyat Malaysia yang hidup dalam berbilang kaum,

Bukan itu sahaja, sebuah petition meminta  Samantha dilucutkan daripada menyandang gelaran Ratu Cantik Malaysia telah beredar, Setakat ini, kira-kira 18 ribu orang telah menandatangani petition berkenaan selepas beberapa jam dilancarkan.

BACA: Apa Jadi Bila Orang Malaysia Jadi Hero Untuk Movie Hollywood? Filem Last Christmas Wajib Tonton!

Ramai yang meminta agar Miss Universe Malaysia yang juga seorang pelakon itu untuk memohon maaf secara terbuka berhubung kenyataannya yang tular itu.

Sama-sama kita nantikan respon Samantha mengenai isu ini. Tapi anda rasa, wajar ke tindakan nak tarik balik gelaran ratu cantik itu? Cuba komen di bahagian bawah artikel ini.

 

 

 

 

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement