Connect with us
alt_img>

Berita

Meghan Markle Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Tahniah!

Published

on

Putera Harry mengumumkan isterinya Duchess of Sussex, Meghan Markle selamat melahirkan bayi lelaki hari ini dan mereka berdua berada dalam keadaan sihat.

“Kami suka cita mengumumkan bahawa Meghan dan saya dianugerahkan seorang anak pada awal pagi ini, seorang bayi lelaki yang sangat sihat,” kata Putera Harry kepada wartawan di Windsor.

“Ibu dan anak berada dalam keadaan baik dan ia satu pengalaman yang menakjubkan tidak pernah dibayangkan,” tambahnya.

Sementara itu ayah Meghan, Thomas Markle berkata, beliau sangat gembira dengan kelahiran cucunya itu dan berbangga kerana dia bakal berkhidmat dengan keluarga diraja Britain.

“Saya sangat bangga kerana cucu baharu saya dilahirkan dalam keluarga diraja Britain dan saya yakin dia akan membesar untuk berkhidmat kepada putera dan rakyat Britain dengan berhemah dan bermaruah.

“Semoga tuhan merahmati bayi ini dan saya berharap dia sihat dan gembira. Ucapan tahniah kepada anak perempuan disayangi, Meghan dan Putera Harry,” katanya.

Istana Buckingham dalam satu kenyataan memberitahu, bayi berkenaan yang juga pewaris ketujuh takhta diraja Britain dilahirkan pada jam 5.26 pagi (waktu tempatan) dengan berat 3.26 kilogram.

 

Sumber dari: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement