Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Mat Sentol: 5 Filem terawal yang menggunakan Visual Effects dalam Malaysia

Published

on


NAMA Mat Sentol adalah nama yang tidak asing lagi bagi penggiat seni tanah air pada tahun 60-an. Beliau banyak menghasilkan sebuah filem yang mempunyai elemen komedi dan kesan khas atau visual effects. Pada ketika itu ia dikira hebat bagi filem Malaysia.

Setiap kesan khas yang dihasilkan di dalam filem beliau ketika itu semuanya secara manual dan ianya membuatkan filem beliau ketika itu sangat unik dan berbeza dari filem lain.

Beliau merupakan penggiat seni yang serba boleh kerana beliau mampu berlakon, mengarah, berbakat dalam animasi, menulis skrip, jurusolek artis dan mencipta pelbagai teknik pengembaraan dalam filem beliau.

Mat Sentol atau nama sebenarnya Abdul Rasip Bin Yahya ini selalu menghasilkan filem beliau sendiri dan menggunakan nama Mat di setiap filem beliau.

So harini sis nak share dekat korang 5 filem Mat Sentol yang menarik untuk ditonton kalau korang tetiba rasa nak tengok filem melayu klasik.

Mat Bond(1967)

Filem Mat Bond yang diarah oleh Mat Sentol dan M. Amin ini adalah sebuah filem tentang Mat yang berangan nak jadi ejen menemui tiga biji pil ketika memancing. Pil tu memberikan beliau kuasa luar biasa dan menyebabkan beliau terjebak dengan pelbagai insiden. Disebabkan pil itu, ia menjadi buruan ramai orang jahat.

Foto:www.pinterest.com

Filem Mat Bond ni banyak menggunakan kesan khas yang membuatkan watak Mat seperti seorang yang hebat dan panjang akal.

Mat Raja Kapor(1967)

Mat Raja Kapor adalah sebuah filem sambungan daripada filem Mat Bond dan diarahkan juga oleh Mat Sentol dan M. Amin. Mat Bond yang terbang menggunakan jamban terbang telah mendarat di sebuah negeri dimana anak Raja negeri itu mirip wajahnya.

Foto:letterboxd.com

Pihak yang tersalah pilih telah menjadikan Mat Bond sebagai anak raja dan pelbagai perkara menarik berlaku diantara Mat Raja Kapor dan Mat Bond.

Mat Lanun(1968)

Mat Lanun adalah sambungan filem Mat Raja Kapor dan ianya diarahkan oleh Nordin Ahmad dan Mat Sentol sendiri. Mat Lanun mengisahkan Mat yang bekerja di tempat menyembelih labi labi menemui satu buku kecil yang merubah hidupnya.

Foto:letterboxd.com

Mat diculik sekumpulan lanun dan dikerah menjadi tukang masak dan ketika menjadi tukang masak dia mula mempraktikkan jampi ajaib dari buku kecil yang ditemuinya. Disitu bermula banyak peristiwa yang kelakar dan menarik yang dapat dilihat dari Mat sendiri.

Mat Karung Guni(1970)

Filem Mat Karung Guni adalah filem arahan sepenuhnya oleh Mat Sentol sendiri. Filem ni mengisahkan tentang Mat yang bekerja sebagai Pembeli Barang Lusuh telah terambil sebuah karung yang berisi batu permata milik Tuan Dollah Orang Kaya dan menjualkannya kepada seseorang. Disebabkan itu bermulalah kisah Mat yang cuba mendapatkan semula batu permata yang hilang tersebut.

Foto:http:rahmatikhsanmubut.blogspot.com

Mat Magic(1971)

Filem Mat Magic adalah filem arahan Mat Sentol sendiri dan filem ni mengisahkan tentang Mat seorang ahli silap mata yang gagal dan sering membuat kesilapan dalam persembahannya. Beliau telah bertemu dengan satu rombongan yang diketuai oleh ahli silap mata yang terkenal. Pelbagai peristiwa yang berlaku diantara Mat dan rombongan tersebut.

Foto:letterboxd.com

 

Sumber:Wikipedia

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement