Connect with us
Hot Kool Jam

Berita

Masjid Bersejarah Di Timur Bosnia Dan Herzegovina Dibuka Semula

Masjid Aladza di Foca di timur Bosnia dan Herzegovina dibuka semula selepas diletupkan tentera Serbia ketika awal perang Bosnia pada 1992.

Published

on

Masjid Aladza di Foca di timur Bosnia dan Herzegovina dibuka semula selepas diletupkan tentera Serbia ketika awal perang Bosnia pada 1992.

Masjid bersejarah yang dibina pada kurun ke-16 itu satu-satunya struktur ulung paling terkenal ketika zaman Uthmaniyyah di Balkan sebelum dimusnahkan dalam perang 1992-1995 oleh tentera Serbia.

Untuk pengetahuan, bandar di timur Bosnia dan Herzegovina itu terkenal dengan sejarah hitam pembunuhan kejam beramai-ramai penduduk etnik Islam ketika konflik terbabit.

Sebelum perang, penduduk Islam Bosnia dikenali Bosniaks, terdiri daripada 51 peratus daripada sejumlah 41,000 penduduk sementara bakinya Serbia.

Pada hari ini, hanya seribu lebih Bosniaks kekal daripada sejumlah 18,000 penduduk.

Terletak di lembah sungai Drina, Aladza, juga dikenali sebagai Masjid Warna Warni  daripada 17 masjid Uthmaniyyah.

Lima daripadanya musnah ketika Perang Dunia Kedua, sementara 12 lagi dimusnahkan ketika perang Balkan 1990-an.

Ketika perang, pihak berkuasa Serbia Bosnia menamakan semula bandar itu sebagai Srbinje tetapi mahkamah tinggi Bosnia mengarahkan nama asal Foca dikekalkan pada 2004.

Sumber: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement