Connect with us
Webinar Kool

Gaya Hidup

Masih Bergaya, Ini Top 5 Fesyen Mahkamah Rosmah Mansor Pilihan Kami!

Published

on


Selalunya kalau kita selak sahaja laporan yang membabitkan kes pembicaraan di mahkamah. Rata-rata akan memakai busana warna hitam sahaja sehingga ramai yang menyangka ia adalah warna rasmi jika hadir ke persidangan mahkamah. Sedangkan, anda boleh sahaja hadir dengan busana yang cantik dengan warna yang menyerlah asalkan sopan dan formal.

Isteri bekas Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor adalah individu yang tak ralat hadir ke mahkamah dalam busana yang menyerlah. Lari dari kebiasaan, Rosmah selalu hadir dengan busana baju kurung sambil mengenakan selendang dengan warna serta corak yang serupa.

Dalam artikel kali ini, kami akan tunjukkan apakah top 5 busana Rosmah Mansor ketika menghadiri sesi persidangan di mahkamah pilihan Donna!

Oren

Sumber: Awani

Rosmah pernah hadir ke Mahkamah Sesyen dalam busana Oren. Kalau diteliti, Rosmah selalu memilih warna-warna terang berbanding warna pastel yang selalu menjadi pilihan ramai. Lihatlah selendangnya, juga memiliki warna yang sama. Bagi melengkapkan gaya, Rosmah menggayakan kaca mata dan gelang di tangan kanan sebagai aksesori.

Hijau

Sumber: Berita Harian

Ini adalah busana yang dikenakan Rosmah ketika menghadirkan diri ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan kes hari pertama. Kali ini dia mengenakan warna hijau dan masih menyarungkan selendang dengan corak yang sepadan. Apa yang menarik tentang baju ini ialah corak bunganya yang besar dan warna yang menyerlah begitu mencuri perhatian orang. Ditambah pula dengan sulaman di bahagian leher dan lengan baju.

Kuning

Boleh dikatakan antara busana tercantik sepanjang dia ke mahkamah. Baju berwarna kuning ini memiliki corak bunga yang seakan-akan lukisan water color jika dilihat daripada jauh. Jika nak dilihat perinciannya, ada kerawang yang dijahit kemas pada bahagian lengan menampakkan baju ini lebih eksklusif.

Merah putih

Sumber: NSTP

Kemas! Itulah ayat yang boleh menjelaskan gambar di atas. Tak perlu corak bunga yang padat, Rosmah nampak lebih elegan dengan baju kombinasi merah dan putih seperti ini. Corak daun-daun yang kecil juga kelihatan harmoni dan tidak menyerabutkan orang yang memandangnya.

Minimalis

Sumber: Harian Metro

Rosmah pernah tampil minimalis dengan warna hitam putih. Berselendang putih, Rosmah betul-betul membuatkan kerawang hitam pada bajunya kelihatan mahal dan sangat menyerlah. Tidak cukup dengan itu, Rosmah turut mengenakan kerongsang besar bertatahkan mutiara di bahagian kiri bahunya. Tampak mewah bukan?

Demikianlah antara busana-busana yang pernah dikenakan Rosmah Mansor. Dia selesa mengenakan warna yang dapat menyerlahkan penampilannya. Mungkin juga warna-warna terang itu bermaksud keberanian.

Agaknya, ada tak yang terinspirasi untuk jadikannya busana Rosmah ini sebagai warna tema untuk baju raya keluarga tahun ini. Cuba beritahu kami di ruangan komen. Kalau ada yang benar-benar berminat, sama-sama kita nantikan apakah fesyen lain yang akan dikenakan Rosmah di perbicaraan akan datang.

 

Baca juga:

Jangan Jadikan Saiz Badan Alasan Untuk Tidak Berfesyen, Tengok Gaya Sherry Al Hadad

Keep Slayin Scha!Netizen Puji Fesyen Scha Alyahya Ketika Di Luar Negara

 

 

 

 

 

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement