Semasa & Hiburan
Mark Adam Hadiahkan Banglo Buat Ibu
Mark tunai janji hadiahkan banglo dua tingkat buat ibu di Filipina.
Penyanyi lagu Pencuri Mark Adam bersyukur dapat tunaikan janjinya untuk menghadiahkan ibunya sebuah banglo dua tingkat di Cebu, Filipina yang diimpikan sejak 1996.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Mark atau nama sebenarnya, Fikri Mark Adam Abdullah, menerusi laman Instagramnya semalam.
Mark sebelum ini pernah berjanji dengan ibunya, Florenda Macaraig Echivarre untuk membeli sebuah rumah baru memandangkan kediaman mereka yang lama telah usang.
Terharu dengan hadiah itu, wanita berkenaan mencium Mark dan menantunya.
Biarpun berlainan agama, Mark yang juga mualaf tidak pernah memutuskan hubungan dengan ibunya.
Well done, Mark! Semoga terus dimurahkan rezeki.