Connect with us
Kool FM

Berita

Maria Tunku Sabri Kongsi Resepi Ikan Siakap Steam Buat Ramai Kecur

Selamat mencuba semua!

Published

on

Perkongsian di laman sosial sebenarnya dapat mengeratkan hubungan antara selebriti dan peminat masing-masing.

Selain perkembangan terbaharu, promosi drama atau filem, rata-rata pelakon turut gemar berkongsi aktiviti harian termasuklah memasak untuk yang tersayang.

Siapa sangka kebanyakan artis di Malaysia gemar memasak dan tidak kedekut untuk berkongsi resepi atau air tangan serta cara-cara memasak kepada peminat mereka.

Perkara itu turut dilakukan oleh pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan, Maria Tunku Sabri yang berkongsi air tangannya bersama peminat.

View this post on Instagram

Hai Semua😍😍😍😍😍 Masak apa harini sekali sekalabuat Ikan Siakap Stim syok wooooo nah resipi Bahannya: Ikan Siakap Perahan Limau Nipis Cili Padi(tumbuk kuantiti ikut kepedasan sendiri) Daun Ketumbar Bawang Merah(tumbuk) Bawang Putih(tumbuk) Halia(tumbuk halus) Hirisan Cili Merah Global Masin(ikut suka kalau nak letak) Tomato (potong keeping atau bulat) Garam Gula Caranya : Lumur Ikan dengan garam dalam dan luar badan ikan..masukkan bahan tumbuk lumur atas Ikan..tuangkan air perahan limau nipis,global masin,garam dan gula..kukus..nak hidang taburkan daun ketumbar,tomato dan cili merah Selamat Memasak😊😊😊😊😊 #KelasKauMaria #BeautifulMaria #BetulTuMaria #RatuLatePost #MTSOotd #HatersWillHate #LiarsWillLie #IGKenaHacked #IHateHackers #HackerCanGoToHell #LetsCatchHackers #MariaCooks #MariaJJCMCooks

A post shared by Maria Tunku Sabri (@mariajjcm) on

Maria menerusi laman Instagram miliknya pada 13 Februari 2020 telah memuat naik video memaparkan dirinya menyediakan hidangan popular dari Thailand iaitu ikan siakap steam.

Video yang berdurasi selama 6 minit itu juga telah meraih perhatian pengikutnya sehingga ramai yang kecur melihat masakan tersebut.

Nampak sedap kan? Boleh la cuba-cuba masak hujung minggu ni untuk keluarga dan rakan-rakan!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement