Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Mamat Tumpu Latihan Konsert Reunion Exists

Konsert Exists Reunion dijadualkan berlangsung di Shah Alam pada 28 September ini dan 5 Oktober di Singapura.

Published

on

Konsert Exists Reunion di Malaysia dan Singapura akan diteruskan selepas bekas vokalis Exists, Mamat dibebaskan daripada tahanan reman dengan jaminan polis, petang semalam atas kesalahan dadah.

Mamat terus dibawa ke ibu negara oleh penganjur konsert Reunion Exists, Shiraz ProjectsĀ bagiĀ memberikan tumpuan pada latihan dan persiapan konsert gabungan semula kumpulan terbabit di Stadium Malawati, Shah Alam, 28 September ini.

Selaku penganjur konsert, pihak terbabit turut merancang sidang media khas bersama Mamat dalam masa terdekatĀ selain memaklumkan mengenai perkembangan konsert Exists Reunion.

Dalam pada itu,Ā anggota lain kumpulan berkenaan menyambut berita pembebasan rakan seperjuangan mereka dengan penuh syukur.

Isnin lalu, Mamat ditahan polis di Taman Perling, Johor akibatĀ kesalahan dadah semasa menunggang motosikal bersama seorang rakannya danĀ dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Polis menemui serbuk putih dipercayai syabu seberat kira-kira 0.42 gram yang disimpan di dalam dompetnya manakala ujian saringan awal air kencing turut mendapati kedua-dua lelaki itu positif dadah.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement