Connect with us
Salam Aidilfitri

Gaya Hidup

Malas Sekalipun, Kita Kena Tahu Turutan Pemakaian Krim Wajah Yang Betul

Published

on


Ada tak di antara kita mengalami simptom makin berusia, makin tebal kerisauan kita pada kulit wajah? Maklumlah,  umur dah meningkat ni kolegen dah kurang pada kulit. Tekstur kulit tak seperti zaman remaja dulu.

Sekarang ni kalau belek muka depan cermin mesti tengok ada ke tak timbul kedutan pada tepi mata, pipi jatuh ke tak atau nampak tua atau tak sampaikan setiap hari tanya pasangan, “I nampak tua ke?” sambil belek muka.

via GIPHY

Bayangkan kalau tanya pasangan kita setiap hari soalan yang sama, tak ke lama kelamaan pasangan malas nak layan. Masa itu mulalah timbul pergaduhan. Sebelum perkara tu terjadi, sebaiknya elakkan dengan ambil inisiatif bertindak sendiri untuk kulit kekal awet muda.

Mungkin ada yang beranggapan cara solekan atau pola pemakanan yang membuatkan kulit kita kelihatan cantik tapi ada faktor lain juga yang mempengaruhi wajah seseorang nampak lebih segar dan muda dari usia asal.

Sumber: ig neelofa

Menurut Pakar Kecantikan Beyoutiful, untuk mendapatkan tekstur kulit yang baik dan sihat, anda haruslah memakai krim mengikut turutan dengan betul. Jangan main sapu je. Selain itu, penggunaan krim yang sesuai dan betul pada kulit juga main peranan untuk memastikan kulit kelihatan cantik.

“Turutan kena betul, lebih-lebih lagi bila nak make-up. Pertama sekali toner supaya betul-betul tak ada kotoran pada wajah. Kedua, eye cream kalau ada yang pakai. Bagi yang tak pakai tak apa terus boleh sapu serum, kemudian pelembab (moisturiser) dan akhir sekali sunscreen.

Sumber: wellandgood

Ingat ye turutan yang betul ni. Jangan lepas ni merungut kenapa kulit tak ada perubahan kalau turutan pemakaian krim muka pun tunggang terbalik.

Untuk bacaan yang lebih menarik, anda boleh klik saja senarai artikel berikut:

Ketumbit! Ketahui Jenis Dan Rawatannya

Dah Terlambat? Gayakan Wajah Anda Dengan Solekan 10 Minit Ini



Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement