Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Magis Judika 19 Oktober!

Sambil buat konsert, sambil bercuti dengan keluarga!

Published

on

Penyanyi dari Indonesia, Judika bakal mengadakan sebuah konsert di Dewan Filharmonik Petronas, DFP, selama 2 hari bermula 19 Oktober.

Judika yang menjadi penyanyi lelaki Indonesia pertama menjayakan konsert solo di Dewan Filharmonik Petronas, menyifatkan undangan pentas berprestij itu suatu hadiah besar dalam karier seninya.

“Saya percaya bukan mudah peluang ini diberi, apatah lagi DFP cukup selektif.”

Katanya kepada BH Online,

“Hakikatnya, saya teruja bagaimana agaknya kombinasi vokal yang terarah kepada rock apabila disatukan dengan muzik orkestra… Pasti momen luar biasa.”

Judika memberitahu, tarikh konsertnya jatuh pada hari kelahiran anak sulung, Cleo Deomora Boru Sihotang, iaitu pada 20 Oktober.

“Selalunya, pada hari jadi anak atau isteri, saya tidak menerima tawaran kerja. Namun, kali ini, saya beralah, tidak mengapa.”

“Sebagai ganti, saya akan membawa keluarga bercuti di Kuala Lumpur. Sambil bersantai, mereka boleh menonton konsert saya.”

Sumber: BH

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement