Home > #CeriteraKool > Status “Maaf, saya terdesak…”, Isteri Tidak Sanggup Dengar Hinaan Orang Ramai

Status “Maaf, saya terdesak…”, Isteri Tidak Sanggup Dengar Hinaan Orang Ramai

“Aku bukan manusia suci, Hina lah aku. Keji lah aku. Cerca lah aku. Maki lah aku. Sesungguhnya ujian Allah ini ujian bagi diriku dan juga kamu..”

“Maafkan saya kerana menyusahkan anda semua.”

Selepas status yang dimuat naik di Facebook pada awal bulan ini mendapat pelbagai reaksi dan menjadi tular, Affeirul Annas Azzandry Azizan, 33 tahun, mengaku sedikit tertekan dengan komen netizen.

Menurut Annas, dia terpaksa memuat naik status memohon sumbangan baru baru ini, atas dasar terdesak, kerana sukar mendapat pekerjaan , selepas dia ditamatkan perkhidmatan daripada sebuah syarikat penerbangan, selain mempunyai masalah slipped disc sejak 2007. Annas juga memberitahu, dia terpaksa menjalani 8 pembedahan, sehinggalah perkhidmatannya bersama syarikat penerbangan itu ditamatkan , selepas 11 tahun bekerja.

Annas yang juga pemegang kad OKU, turut bergantung sepenuhnya kepada ubat-ubatan sepenuhnya, dan terpaksa berehat di rumah di Bayan Lepas, bersama insteri dan 3 anak mereka, berujsia 5, 9 dan 12 tahun. Annas memegang kad berkenaan sejak pertengahan tahun kerana 20 peratus kehilangan upada kekal disebabkan kemalangan di tempat kerja.

Annas berkata, dia ada menerima caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebanyak RM200 sebulan yang diberikan setiap tiga bulan, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan zakat baru-baru ini untuk menampung persekolahan anak-anaknya.

Annas berkata, dia menghargai beberapa tawaran kerja yang diberikan kepadanya, tetapi mereka perlu memahami keadaan kesihatannya dulu supaya pekerjaan yang ditawarkan bersesuaian dengan dirinya.

Dan hari ini, sekeping gambar yang dimuat naik seolah-olah memberi bayangan dia kini sedang bertemu dengan pakar pasikiatri, selepas dia mendakwa mengalami kemurungan, selain menghidap Gangguan Obsesif Kompulsif, OCD.

Menerusi kenyataan yang disiarkan dalam Harian Metro, isteri Annas, Sharin Jamalia mengakui dia tidak sanggup untuk mendengar hinaan daripada orang sekeliling selepas kisah keluarganya diketahui menerusi status di FB suaminya yang tular. Dia juga memohon agar orang tidak menyalahanggap tindakan suaminya memuat naik status berkenaan dan tidak memandang remeh kesulitan yang dihadapi suaminya.

Sharin Jamalia berkata, pada permulaan ketika mereka berdua ditamatkan perkhidmatan, tekanan sangat dirasai memandangkan wang pampasan tidak mencukupi untuk membayar hutang dan perbelanjaan anak-anak. Perniagaan dalam talian juga terpaksa dihentikan.

Menurutnya lagi, “Duit banyak juga habis untuk buat pemasaran perniagaan kami dan kemudian terpaksa berhenti kerana Annas mengalami kemurungan yang sangat teruk. Saya tak mampu teruskan seorang”

Sharin berkata, bantuan mungkin boleh dihulurkan, tetapi dalam bentuk membantu perniagaan tepung goreng ayam yang telah terhenti sejak Ogos lalu, disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Semoga kita sama-sama saling membantu, dan terus menyokong dari sudut positif. Spread love!

 

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply