Semasa & Hiburan
Lufya Omar Mahu Berpisah, Suami Lafaz Guna WhatsApp
Cakap yang baik-baik, doa yang baik-baik buat mereka juga ya.
Selepas banyak desas-desus mengatakan tentang keretakan rumahtangga penyanyi kelahiran sebuah program realiti televisyen, suami kepada penyanyi berkenaan telah tampil memberi kenyataan.
Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum menerusi sebuah portal online memaklumkan dia menceraikan Lufya bagi menunaikan permintaan isteri untuk diceraikan.
“Permintaan tersebut diminta Lufya menerusi WhatsApp ketika kami sedang membincangkan isu rumah tangga.”
Sementara itu, Lufya menerusi satu posti di laman Instagram miliknya menyatakan dirinya teruk dianiaya suami, namun telah memadam muat naik tersebut susulan bimbang lebih banyak fitnah terhadap keadaan dirinya ketika ini.
Status berkenaan turut meraih perhatian ramai, termasuk rakan artis, yang berharap dirinya diberi kekuatan untuk melalui dugaan itu dan demi anaknya.
Lufya dan Hafiz bernikah pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura kini berusia dua tahun.