Connect with us

Berita

Lionel Messi Raih Gelaran Pemain Terbaik FIFA 2019

Syabas, Messi!

Published

on

Bintang Barcelona, Lionel Messi memenangi Anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA pada The Best FIFA Football Awards 2019 di Milan, awal pagi tadi.

Kejayaan Messi adalah satu kejutan besar apabila dia mengatasi Virgil Van Dijk, yang menang anugerah Pemain Terbaik UEFA bulan lalu selepas membantu Liverpool di Liga Juara-Juara musim lalu.

Messi, 32, dan Van Dijk, 28, kini pencabar utama Ballon d’Or yang bakal diumumkan pada 2 Disember nanti.

Ini adalah kali pertama Messi meraih gelaran Pemain Terbaik FIFA yang diperkenalkan pada 2016 sementara Ronaldo memenanginya pada 2016 dan 2017 manakala pemain Croatia, Luka Modric pula muncul pemenang tahun lalu.

“Saya berterima kasih kepada mereka yang membuat keputusan memberikan saya pengiktirafan ini.

“Perkara paling penting buat saya ialah anugerah berpasukan, tetapi hari ini juga sangat istimewa buat saya,” kata Messi.

Messi merupakan penjaring terbanyak Liga Juara-Juara musim lalu dengan 12 gol sebelum Barcelona disingkirkan Liverpool pada separuh akhir, selain pernah memenangi Kasut Emas Eropah selepas menjaringkan 36 gol, menang gelaran La Liga bersama Barcelona dan membantu Argentina meraih gangsa pada Copa America 2019.

Sumber: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement