Berita
Lima Cedera Dalam Kebakaran Stesen Kereta Api Laju Di Jeddah
Sebuah stesen kereta api laju Haramain terbakar di Jeddah, Arab Saudi, hari ini.
Sebuah stesen kereta api laju Haramain terbakar di Jeddah, Arab Saudi hari ini, dan sekurang-kurangnya lima dilaporkan cedera.
Asap tebal menyelubungi kawasan terbabit sekurang-kurangnya selama empat jam selepas kejadian berlaku pada 12.35 tengah hari waktu tempatan.
Dengan bantuan pasukan pertahanan awam, kebakaran di beberapa bahagian berjaya dikawal.
Difahamkan juga, lima mangsa yang cedera sudah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan sementara empat lagi mangsa masih dirawat di stesen berkenaan bersama 16 pasukan perubatan.
Sumber: Harian Metro