Connect with us
Carta Spotlite Kool

Gaya Hidup

Lemak Berkumpul Sejak Anda Cuti? Jom Buat Senaman Dalam Rumah Ala-Ala Jepun

Published

on


Sekarang bukan masa yang sesuai untuk anda pergi main bersukan, berkelah atau beriadah tepi tasik. Apalagi berbasikal, joging pun tak boleh. Perintah kawalan pergerakan hanya membenarkan anda duduk di dalam rumah dan hanya wakil keluarga sahaja boleh pergi beli barang dapur.

Bila dah duduk rumah lama-lama ni, mulalah kita asyik masak dan makan. Lepas tu berat badan pun makin naik tanpa sedar. Anda masih boleh memastikan tubuh badan anda sihat walaupun tak melakukan aktiviti luar.

Jom contohi senaman rakyat Jepun ini. Tak salah untuk kta bersenam berpandukan video yang dimuat naik di laman Youtube ni. Semua boleh buat senaman Human Taiso termasuklah nenek anda yang sudah tua. Buat ramai-ramai barulah seronok.

Mereka yang sudah berusia bagus buat senaman ini apa lagi bila warga emas selalu menjadi golongan yang terdedah dengan ancaman COVID-19 ini.

Jepun antara negara yang mempunyai populasi tertua dengan 28 peratus berusia antara 65 tahun ke atas.

Video berdurasi lima minit itu, menampilkan pelbagai kaedah senaman dan regangan yang boleh membantu melancarkan peredaran darah dan menguatkan otot kaki dan belakang. Tak susah pun!

Menurut Rieko Kojima, 79, yang berasal dari Utara Tokyo, beliau bukan saja seronok melakukan senaman itu, malah ia juga baik untuk kesihatan.

Ha, jangan tangguhkan lagi. Ajak satu keluarga anda lakukan senaman ini petang ini juga. Jangan ada yang terkecuali. Cuti memang seronok, tapi kesihatan tetap juga kena pantau ya!

 

 

 

 

 

Sumber: Berita Harian

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement