Connect with us

Berita

Lelaki Telan 68 Bungkusan Kokain

Seorang lelaki warga Kenya ditahan selepas cuba menyeludup lebih 60 bungkusan kokain.

Published

on

Seorang lelaki warga Kenya ditahan di lapangan terbang di Bangkok,  gara-gara cuba menyeludup lebih 60 bungkusan kokain yang ditemui di dalam perutnya.

Hasil pemeriksaan x-ray oleh Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB), mereka berjaya mengesan puluhan bungkusan di dalam perut Glenn Chibasellow Ooko, 43, yang kemudiannya disahkan mengandungi kokain.

“Beliau menelan kokain seberat 1.2 kilogram yang disimpan dalam 68 bungkusan,” kata ONCB.

Susulan itu, Ooko ditahan polis bersama seorang warga Nigeria, Osita Joseph Ukpa yang disyaki mengupah lelaki warga Kenya itu untuk menyeludup dadah berkenaan.

Sumber: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement