Semasa & Hiburan
“Lebatnya Rambut, Tersisir Rapi..” Tomok Throwback Gambar Dulu-Dulu
Handsome dari dulu lagi..
Siapa tak kenal dengan penyanyi Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail yang pernah menjuarai sebuah program realiti televisyen musim ketiga sekali gus meraih RM1 juta pada 1 Mei 2009 ni kan?
Terbaharu, bapa kepada dua orang anak tersebut telah memuat naik foto throwback dirinya.
Gambar berkenaan turut mendapat perhatian daripada rakan-rakan artis selain pengikutnya dilaman Instagram.
- @shuibsepahtu: Lebatnya rambut,tersisir rapi
- @mrhazama1: Stedy rambut side tepi.
- @black.hanifah: Ni rambut palsu kan??
Umum mengetahui, penyertaan Tomok dalam program realiti tersebut menjadi liputan meluas penggemar muzik tempatan.
Ini kerana Tomok dilihat sudah hilang daripada industri dan kemudian secara mengejut muncul dalam program realiti untuk turut bertanding dengan bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian.
Terkini, Tomok sedang dalam proses menyiapkan album solo ketiganya serta mendapat sentuhan penerbit dan komposer terkenal, Aubrey Suwito.