Home > #CeriteraKool > Korang Pernah Tengok Beruang Comel Atas Highway?

Korang Pernah Tengok Beruang Comel Atas Highway?

 

Besar kan beruang ni? Lebih besar daripada tuan punya badan tau!

Eh, tapi bukan beruang betul tau!

Kejadian ni dirakam seorang pengguna Instagram @melfauzi , semasa dia dan keluarga dalam kereta di Lebuhraya DUKE, dalam perjalanan dari Cheras nak balik rumah. @melfauzi cuba nak tengok muka abang ni, tapi muka teddy bear ni pun dah tutup separuh muka abang moto ni, dan waktu tu waktu malam. Gigih!

Rasa-rasanya, teddy bear ni untuk siapa eh?

Awek dia ke? Kalau betul lah untuk awek dia, sweet betul abang ni dukung teddy bear yang hampir sama saiz dengan badan dia, atas moto, dan tak hirau orang keliling.

Atau pun untuk anak dia kot? Lagi lah sweet! Jarang -jarang dah kaum bapa ni bagi hadiah teddy bear, selalunya bagi iPad je, ye tak?

Tak pun, menang lompat tikam? Wah, kalau menang lompat tikam, menang bear besar macam ni dah kira jackpot ni!

Apa-apa pun, hati abang ni mesti kental habis la sebab dukung teddy bear besar atas moto, di atas highway.

Tapi, pesanan #CeriteraKool: Berhati-hati di jalan raya, okay?

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply