Connect with us

Hiburan

“Korang Ni Berniaga Ke Menipu…” – Noorkhiriah

Mengaku kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab

Published

on

“Tolanglah, tak berkat wei menipu dan akak hanya review saja. Tak sempat nak tanya satu-satu, korang ni berniaga atau menipu.”

Itu luahan kesal pelakon Noorkhiriah apabila ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan aktiviti ‘review’ produk dilakukannya.

Noorkhiriah berkata, dia akan membuat aktiviti review produk di Instagram jika tiada tawaran berlakon yang sesuai.

“Sekiranya ada tawaran sesuai, saya terima. Namun, jika tiada saya teruskan saja aktiviti review produk di Instagram.”

“Ini kerana, sesungguhnya rezeki itu milik Allah SWT. Saya yakin jika tidak mendapat tawaran berlakon, mungkin rezeki itu di cabang lain.”

Pun begitu, Noorkhiriah berkata dia juga kini harus berhati-hati untuk membuat ‘review’ produk di Instagram kerana enggan pengguna menjadi mangsa.

“Setakat ini, saya mendapat tiga aduan berkaitan penipuan dilakukan pihak tidak bertanggungjawab yang menipu.

“Saya sedih dan kesal dengan tindakan dilakukan itu. Kasihan kepada pengguna yang menjadi mangsa penipuan mereka.”

“Sesiapa yang berniaga dan menipu, dalam masa sama jangan meminta akak buat ‘review’ sebab akak tak tahu korang ni betul berniaga atau menipu.”

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement