Connect with us
Kool FM

Sukan

Spectator Sukan – Azmeer Yusof Bakal Kembali Dalam Arena Bola Sepak & K Rajagopal ‘Dirisik’ Ke Brunei?

Tak selamanya akan kekal dalam dunia bola…

Published

on

Dalam dunia sukan mungkin tempoh untuk bergelar pemain profesional adalah singkat. Kebanyakkannya akan bersara sebelum umur mencecah 40 tahun atas faktor kekuatan fizikal. Dalam episod Spectator Sukan kali ini, AG dan Hanif Miswan membawa perbincangan mengenai salah seorang pemain bola sepak tanah air kita yang pernah mengumumkan akan berehat dari dunia bola sepak sebentar. 

Pada bulan Jun yang lalu, Azmeer Yusof ada mengumumkan yang beliau akan mengundurkan diri dari dunia bola sepak buat seketika. tidak berhasrat untuk bersara terus daripada sukan bola sepak walaupun sudah mengambil keputusan meninggalkan pasukan Kedah pada ketika itu. Alasannya adalah untuk menumpukan kepada bidang perniagaan. Bukan setakat itu sahaja, dalam masa masa beliau turut mengusahakan pembangunan Pusat Pengajian Islam Azmeer Yusof. Jom ikut rapat perbincangan bersama pemain bola sepak handalan ini.

Berehat Dari Dunia Bola Sepak Untuk Bangunkan Pusat Pengajian & Kembangkan Bisnes

Bertanyakan tentang perkembangan semasa Azmeer, beliau mengakui perniagaannya kini semakin berkembang dengan bakal memiliki lima cawangan AY Barber Shop pada hujung bulan. Dalam pada itu beliau turut berkongsi perkembangan semasa pusat pengajian Islam miliknya yang kini sudah mempunyai dua cawangan, iaitu di Kuala Kedah dan juga Alor Setar.

Menurutnya, perniagaan yang dilakukannya itu adalah untuk menambah dana ke dalam pusat pengajian Islam yang diusahakannya itu. Turut berkongsi dengan cabaran dalam membangunkan dan menguruskan pusat pengajian tersebut, beliau menyatakan pernah menerima kecaman. Namun, beliau tetap dengan pendiriannya untuk terus bersabar dan menerima hikmah disebalik apa yang diusahakannya itu.

Selain itu, turut ditanya tentang perancangannya untuk memastikan Pusat Pengajian Islam Azmeer yusof terus berjalan walaupun tiada sebarang yuran dikenakan, beliau berkata usahanya itu dipermudahkan kerana kedai gunting rambut miliknya juga semakin ramai menerima pelanggan. Perancangannya yang lain pula adalah untuk membina AY Sport Arena yang kini sudah dalam proses pembinaan.

Azmeer Bakal Menyertai Semula Arena Bola Sepak!

Sewaktu mengumumkan dirinya bakal berehat sebentar dari dunia bola sepak, jurulatihnya juga memahami kehendaknya. Bagaimanapun, Azmeer tetap dihubungi untuk bertanya bila beliau bakal menyertai semula sebagai pemain profesional. Menurutnya, perancangan untuk menjadi pemain bola sepak semula memang sudah ada kerana ingin menjadikan gaji sebagai pemain bola sebahagian dana untuk pusat pengajiannya.

Setakat ini beliau menyatakan terdapat dua pasukan yang sudah ‘merisik’ dirinya namun Azmeer belum memutuskan untuk menyertai pasukan yang mana. Bagaimanapun, dari hasil temubual bersama AG dan Hanif, sepertinya Azmeer bakal menyertai pasukan yang berada di Utara. Mungkin lebih mudah baginya untuk memantau dengan lebih dekat pusat pengajiannya itu. Selain itu, dari segi pengurusan pusat pengajiannya pula beliau menyatakan telah menubuhkan satu pasukan pengurusan untuk memantau secara dekat sekiranya beliau sibuk beraksi di padang. Harapan beliau agar apa yang diusahakannya tetap berjalan lancar walaupun dirinya sibuk beraksi dalam arena bola sepak.

Mengenai stamina dan skill beliau pula, sepanjang tempoh berehat, Azmeer ada menyertai social team untuk kekalkan tahap staminanya. Bagi Azmeer, soal stamina tidak menjadi masalah sekiranya dipanggil menjadi pemain profesional semula. Beliau turut berkongsi kata-kata jurulatih Azmi Ibrahim kepada beliau yang menyakinkan performance dirinya tidak akan hilang kerana mempunyai mentaliti tidak berputus asa. Menurut jurulatih Azmi, jika seseorang pemain itu mempunyai mentaliti sedemikian, maka dalam tempoh dua minggu je sudah boleh dapatkan stamina dan skill bermain.

Safawi Rasid Kempunan Lagi…

Sementara itu, seorang lagi bintang Harimau Malaya yang kini sensasi bermain di salah satu kelab dalam liga divisyen tiga di Portugal. Minggu lalu, Safawi buat kali kedua disenaraikan dalam pasukan utama dan dilihat peluang untuk diturunkan dilihat lebih cerah. Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya dan hanya duduk di bangku simpanan sahaja. 

Dalam pada itu, sebagai pemerhati bola sepak kita juga perlu untuk melihat keberadaan pemain kebangsaan di kelab luar negara sebagai sesuatu yang positif. Malaysia bukan nama yang besar dalam bola sepak, jadi dengan ikut kita juga mungkin perlu besabar untuk melihat Safawi beraksi. Dalam masa yang sama, jurulatih Tan Cheng Hoe turut menyuarakan hasrat untuk memanggil lima pemain kebangsaan yang bermain di luar negara untuk menyarung jersi Harimau Malaya semasa kelayakan piala dunia nanti.

Selain berkongsi kehebatan pemain tanah air di pentas antarabangsa, jurulatih Datuk K Rajagopal turut dikhabarkan dilamar untuk menjadi jurulatih bagi pasukan kebangsaan Brunei. Walaupun nama beliau baru sahaja disenarai pendek, beliau telah pun menyatakan persetujuan untuk pergi ke sana sekiranya kontrak yang diberikan adalah sesuai. Bagi jurulatih tempatan, ianya satu penghormatan besar sekiranya dapat membimbing pasukan luar.

Bagi anda yang terlepas mendengarkan Spectator Sukan setiap hari Sabtu dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari dan mahu mendengar lebih lanjut perbincangan ini, klik sahaja di sini.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Spectator Sukan – Apa Risiko Sebenar Jangkitan COVID-19 Terhadap Orang Yang Bersukan?

Spectator Sukan – Sabah Terpaksa Diketepikan, Hanya 15 Pasukan Bertanding Piala Malaysia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement