Connect with us
Kool FM

Berita

Cara Betul Penunggang Basikal Lakukan Aktiviti Di Luar

Antara cadangan untuk mementingkan keselamatan dalam bersukan adalah dengan cara…

Published

on

Sejak kebelakangan ini ramai pengguna jalan raya meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan sikap segelintir penunggang basikal kerana tidak menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Berikutan itu, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias mengeluarkan kenyataan bahawa penunggang basikal juga dimestikan mematuhi setiap aspek keselamatan yang ditetapkan mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

via GIPHY

Dalam pada masa yang sama juga, Dekan Fakulti Sains & Sukan UiTM Shah Alam, Prof Madya Dr Muhad Anizu Mohd Noor memberi beberapa cadangan ringkas bagi mengurangkan kemalangan jalan raya yang melibatkan basikal dan pacuan empat roda.

Antara cadangan untuk mementingkan keselamatan dalam bersukan adalah dengan cara…

  1. Jika mampu, bawa basikal menggunakan kereta untuk terus ke kawasan taman rekreasi.
  2. Tidak perlu berkayuh basikal di lebuhraya kerana terdapat taman yang telah disediakan.
  3. Digalakkan berkayuh di kawasan awam atau kawasan yang tidak mempunyai banyak kenderaan.
  4. Elakkan menunggang basikal di kawasan sekolah, pasar, lebuhraya sehingga memudararkan keselamatan diri dan orang lain.
Untuk dengarkan lebih perbincangan ini, klik saja disini.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement