Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Tanda-Tanda Pasangan Mungkin Terkena Sihir Pemisah

Jaga mata, jaga hati dan jaga mulut..

Published

on

Selalunya kita tengok dalam drama atau filem akan ada adegan sihir menyihir antara dua individu. Walaupun kita hiudp di dunia moden, namun masih ramai lagi masyarakat kita percaya dan mengamalkan ilmu syirik ini. Tidak semua orang rasakan ilmu sihir ini masih ada tetapi ia masih berlegar dalam kalangan kita.

Sihir pemisah atau dipanggil sihir pelalau penghalang jodoh adalah satu sihir yang dibuat untuk memisahkan hubungan pasangan kekasih, suami isteri atau ahli keluarga sehingga wujudnya rasa benci dan niat bermusuh di antara mereka.

Si penghantar sihir telah memuja dan mendekatkan dirinya dengan jin, iblis dan syaitan untuk meminta tolong dengan menggunakan jampi serapah, tangkal atau mentera  bagi mendatangkan kesan yang buruk kepada orang yang ingin disihirnya.

Tanda-tanda Terkena Sihir Ilmu Pengasih - SENTIASAPANAS

Jika anda mempunyai tanda-tanda ini, disarankan tidak dihebohkan kepada orang lain kecuali seseorang yang anda percayai.  Oleh itu, sekiranya anda mempunyai tanda-tanda tersebut, segera dapatkan rawatan Islam. Ini antara tanda-tandanya:

1. Kerap sakit belakang, bahu, tengkuk dan urat belikat.

2. Kerap sesak nafas, sakit dada dan ulu hati.

3. Kerap rasa gelisah, berdebar tanpa sebab terutama waktu Asar ke atas.

4. Kerap sakit kepala walaupun sudah mengambil ubat.

5. Kerap kembung perut dan sendawa angin.

6. Kerap rasa berdenyut di bawah ari-ari bagi seorang wanita.

7. Kitaran haid tak normal.

8. Lambat mendapat zuriat.

9. Menjadi rimas dan cepat marah bila berdepan dengan suami atau isteri.

10. Kerap bergaduh besar walaupun berdepan dengan perkara kecil.

11. Ketika marah, isteri kerap meminta cerai.

12. Tidak suka tidur bersama.

13. Nafsu tiada terhadap suami atau Isteri.

14. Tercium bau badan yang busuk, nafas berbau pada tubuh suami atau isteri.

15. Suka bersendirian di dalam bilik.

16. Tidak suka tempat-tempat yang bising.

17. Sukar tidur pada waktu malam.

18. Kerap mimpi bayi, menyusu dan bermain dengan bayi tersebut.

19. Kerap mimpi ular, kala jengking dan binatang berbisa.

20. Kerap mimpi pasangan curang.

21. Perasaan curiga, cemburu buta yang kuat.

22. Kerap bermimpi tempat kotor dan busuk.

23. Kerap terbau kemenyan, colok setanggi.

24. Bila berjauhan dengan pasangan, perasaan rindu amat menebal.

25. Kerap teringat, merindui seseorang yang tidak dikenali atau dikenali.

Ini hanyalah perkongsian daripada sebuah pusat rawatan Islam. Jika anda yakin anda disihir atau sebagainya, carilah rawatan yang menepati syariat Islam.

Masalah rumah tangga kadang-kala menjadi rumit akibat tiada persefahaman di antara dua pihak. Cuba berkomunikasi dengan pasangan terlebih dahulu san berbincanglah dengan cara baik. Semoga kita semua dijauhkan daripada perkara syirik ini.

 

Baca juga:

Kerana Hasad Dengki, Keluarga Adik Fattah Anas Dibomoh

Ikan Puyu Bukan Pendinding Untuk Elak Dipukau. Ini Amalan Elak Jadi Mangsa Pukau

 

 

 

 

Sumber: Pusat Rawatan Islam Al-Mudzil

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement