Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Ikut Rutin Ni Untuk Dapatkan Kulit Segar!

Sebaiknya, lepas je make-up tebal pastikan buang make-up dengan bersih dan pakai face mask untuk merehatkan kulit wajah serta membaiki sel-sel kulit rosak kerana bahan kimia make-up.

Published

on

“Memanglah dia nampak cantik, muka dia putih. Pakai apa pun mesti cantik!”

Perasan tak bila kebanyakan orang kita mengukur kecantikan seseorang pasti lihat pada tona warna kulit dulu. Makin putih kulit seseorang, makin tinggi nilai kecantikan dirinya.

Sebenarnya bukan begitu mengukur nilai kecantikkan. Cuba buang perspektif kulit gelap tidak cantik dan letakkan tona warna kulit hal nombor dua.

Apa pun, jangan rasa warna tona kulit kita satu kekurangan dan satu masalah besar untuk kelihatan cantik. Semua orang cantik tapi ada syarat. Syarat dia kena rajin wajib ikut jadual rutin penjagaan kulit muka.

via GIPHY

Jangan ingat kulit akan kelihatan bersih kalau tanpa usaha. Kita kena manjakannya dan menjaga dengan rapi, kalau tak macam mana nak cantik? Percayalah, mereka yang mempunyai kulit muka yang bersih semua berusaha mengikut rutin penjagaan kulit.

Sebelum tu anda kena tahu, jaga muka untuk kelihatan bersih bukan saja mencuci muka ketika mandi dalam tempoh yang lama atau menggunakan produk pencuci muka yang mahal. Sebenarnya ada langkah yang spesifik untuk setiap pagi, malam, setiap hari, minggu dan bulan.

Setiap pagi

  1. Cuci muka dengan bersih ketika mandi
  2. Sapu toner, pelembab dan SPF.

Setiap malam

  1. Singkirkan make up sehingga bersih (jika memakai make up) kemudian cuci muka.
  2. Sapu eye cream bawah mata untuk elak kedutan, eye bag atau lebam bawah mata.
  3. Sapu krim pelembab malam.

Setiap hari

  1. Minum air yang mencukupi untuk kulit wajah kelihatan sihat.
  2. Pakai lip balm untuk elak rekahan pada bibir memandangkan cuaca di Malaysia panas.
  3. Dapatkan waktu tidur yang cukup supaya wajah kelihatan berseri dan bertenaga.

Setiap minggu

  1. Scrub wajah untuk buang sel kulit mati.
  2. Pakai face mask 2 minggu sekali.
  3. Cuci cadar dan sarung bantal.

Setiap bulan

  1. Dapatkan rawatan wajah di spa.
  2. Cuci berus make up.

Tip: Sebaiknya, lepas je make-up tebal pastikan buang make-up dengan bersih dan pakai face mask untuk merehatkan kulit wajah serta membaiki sel-sel kulit rosak kerana bahan kimia make-up.

Ya, bukan mudah untuk miliki kulit yang bersih. Perlukan effort yang tinggi tapi kalau anda gagal memastikan kulit wajah anda kekal bersih, jangan merungut kata diri tu tak cantik ye!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

4 Bahan Makanan Jepun Boleh Buat Kulit Glowing!

Selamat Ke Guna Pisau Cukur Berkali-Kali? Ini Cara Bercukur Yang Betul Untuk Elak Kulit Rosak

Sumber: rosh.mua

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement