Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Tak Perlu Kulit Putih Baru Boleh Cantik, Asalkan Ikut Rutin Ni

Kulit akan kelihatan bersih kalau usaha…

Published

on

Memanglah dia nampak cantik, muka dia putih. Pakai apa pun mesti cantik!”

Perasan tak bila kebanyakan orang kita mengukur kecantikan seseorang pasti lihat pada tona warna kulit dulu. Makin putih kulit seseorang, makin tinggi nilai kecantikan diri.

Begitulah sebaliknya, mereka yang berkulit gelap dikatakan kurang menawan. Apa kata cuba buang perspektif ini dan letakkan tona warna kulit di tangga kedua.

via GIPHY

Bukan apa, semua orang cantik tapi kena rajin untuk ikut jadual rutin penjagaan kulit muka.

Ingat! Kulit akan kelihatan bersih kalau usaha. Haruslah manjakannya dan menjaga dengan rapi. Percayalah, mereka yang mempunyai kulit muka yang bersih semua berusaha mengikut rutin penjagaan kulit.

Jadi, langkah spesifik untuk setiap pagi, malam, setiap hari, minggu dan bulan adalah seperti berikut…

Setiap pagi

  1. Cuci muka dengan bersih ketika mandi
  2. Sapu toner, pelembab dan SPF.

Setiap malam

  1. Remove make up sehingga bersih (jika memakai make up) kemudian cuci muka.
  2. Sapu eye cream bawah mata untuk elak kedutan, eye bag atau lebam bawah mata.
  3. Sapu krim pelembab malam.

via GIPHY

Setiap hari

  1. Minum air yang mencukupi untuk kulit wajah kelihatan sihat.
  2. Pakai lip balm untuk elak rekahan pada bibir memandangkan cuaca di Malaysia panas.
  3. Dapatkan waktu tidur yang cukup supaya wajah kelihatan berseri dan bertenaga.

Setiap minggu

  1. Scrub wajah untuk buang sel kulit mati.
  2. Pakai face mask 2 minggu sekali.
  3. Cuci cadar dan sarung bantal.

Setiap bulan

  1. Dapatkan rawatan wajah di spa.
  2. Cuci berus make up.

Tip: Sebaiknya, lepas je make-up tebal pastikan remove make up dengan bersih dan pakai face mask untuk merehatkan kulit wajah serta membaiki sel-sel kulit rosak dek kerana bahan kimia make-up yang kita guna seharian.

 

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Bergambar Bersama, Netizen Puji Adik Beradik Ella Semua Cantik-Cantik

Awas Risiko Kecacatan Bayi Jika Ambil Produk Kecantikan Ketika Mengandung

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement