Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Suhu Yang Sesuai Untuk Keselesaan Badan Bila Waktu Tidur

Sebaiknya bahagian tingkap dibiarkan buka sedikit untuk pengudaraan yang baik.

Published

on

Toleh kiri, tak selesa. Toleh kanan pun tak selesa juga. Bila selimut badan, rasa panas tapi bila sarung selimut, sejuk pula. Serba tak kena bila waktu tidur. Esok nak bangun awal pagi untuk ke kerja, kalau tidur tak lena, macam mana dekat pejabat nak produktif?

Mesti ada di antara kita pernah mengalami siatuasi ini. Kadang-kala tu sampai rasa marah dekat diri sendiri sebab tak dapat tidur lena.

Salah satu faktor tidur tidak lena adalah disebabkan bau bilik tidak menyenangkan, persekitaran bilik yang kotor, berhabuk dan suhu tidak sesuai dengan badan.

via GIPHY

Menurut seorang penyelidik dalam Kumpulan Penyelidikan Tidur di University of Sydney’s Charles Perkins Centre, Yu Sun Bin, sebaiknya sebelum tidur badan kita harus dalam keadaan bersih untuk dapatkan keselesaan ketika waktu tidur. Bayangkan kalau badan melekit, selesa ke nak tidur?

Seterusnya jika menggunakan penghawa dingin, suhu jangan terlalu rendah sehingga negatif kerana akan menyebabkan badan tidak selesa dengan suhu sekeliling. Jadi, suhu penghawa dingin cukup sekadar untuk hilangkan buang keadaan berkuap. Maklumlah negara Malaysia kan panas.

Image may contain: 1 person, sitting

Sumber:

Kalau bilik hanya ada kipas, sebaiknya bahagian tingkap dibiarkan buka sedikit untuk pengudaraan yang baik. Bilik pun tak rasa panas sangat tapi kalau tak ada tingkap, cara lain adalah buka pintu bilik untuk pengudaraan untuk memberikan suhu bilik tidak berkuap dan terperap.

Tambah Yu Sun lagi, untuk dapatkan tidur yang lagi selesa dan berkualiti, sebelum tidur mandi dengan air panas jika suhu bilik anda sejuk tapi jika suhu bilik anda panas, mandi gunakan air sejuk supaya dapat memberi keseimbangan pada suhu badan. Barulah badan pun segar dan bersedia untuk dapatkan rehat.

Senang je kan nak kawal suhu bilik ketika waktu tidur. Suhu just nice akan berikan anda tidur yang selesa, tak berpeluh dan tak menggigil kerana kesejukkan.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, anda boleh klik saja senarai artikel berikut:

Pasangan Mengadu Dengkuran Tidur Terlalu Kuat, Anda Mungkin Alami Apnea Sleep

Tak Sedap Hati, Ibu Temui Bayinya Lemas Dalam Bilik Air

 

 

Sumber: marthastewart

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement