Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Suami Cemburu Buta, Isteri Nekad Bakar Diri! Cuba Cara Ini Untuk Kawal Perasaan Cemburu

Cemburu boleh buatkan pasangan anda stres…

Published

on

Akibat tidak tahan dengan sikap suaminya yang sering cemburu buta, seorang wanita nekad membakar dirinya! Kejadian yang berlaku di daerah Maluku Tenggara, Indonesia itu menyebabkan wanita tersebut melecur dan mengalami luka serius di bahagian wajah serta sebahagian badannya. 

Wanita berusia 24 tahun itu mendakwa dia sering dituduh curang dengan lelaki lain sedangkan dia tidak melakukannya. Semasa kejadian, dikatakan suaminya sempat membantu memadamkan api yang menyambar wajah dan tubuh isterinya hingga tangannya turut terbakar. Mangsa bagaimanapun sempat dikejarkan ke Hospital Sadsuitubun di Langgur untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Masalah rumah tangga semestinya menjadi salah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, kita sebagai seorang yang waras harus mengawal emosi dan bijak menguruskan sebarang permasalahan yang muncul. Jadi Kool FM akan kongsikan beberapa cara untuk anda mengawal atau mengatasi rasa cemburu terhadap pasangan.

  • Tanya pada hati kenapa perlu cemburu. Mengajukan soalan pada diri boleh membantu kita untuk berfikir lebih rasional. Jika tiada alasan yang kukuh, maka kenapa perlu cemburu.
  • Letakkan diri pada tempat pasangan kerana anda sudah tentu tidak akan gembira jika pasangan anda kuat cemburu dan cemburu tidak bertempat. 
  • Berani menghadapi perasan takut kehilangan pasangan anda. Mungkin kita perlu belajar menerima hakikat yang tak semuanya akan kekal buat selamanya. Tapi ini mungkin sukar!
  • Bertanya ‘direct’ dengan pasangan dan usah membuat andaian sendiri yang akhirnya membuatkan kita terlalu over-thinking.
  • Sibukkan diri dengan aktiviti yang lain sehingga anda tiada masa untuk berasa cemburu.
  • Akhir sekali, anda perlu lah menanamkan pemikiran yang positif agar tidak terlalu berfikir yang bukan-bukan terhadap pasangan. 

Jadi itu lah sedikit sebanyak perkongsian buat anda untuk mengawal perasaan cemburu. Jangan terlalu kuat cemburu sehingga membuatkan pasangan anda bosan dan akhirnya melakukan perkara di luar jangkaan seperti membakar diri sendiri…

 

Baca juga artikel menarik yang lain:

Stres Dan Suka Makan? Cuba Makanan² Yang Sesuai Hilangkan Tekanan

Bapa Stres Ajar Anak Matematik Sampai Pengsan! Cuba Cara Ini Untuk Kurangkan Stres

 

 

 

 

 

 

Sumber berita: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement