Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Senarai Aktiviti Sambutan Tahun 2021 Norma Baharu

Pelbagai aktiviti kita boleh lakukan di rumah!

Published

on

Tahun 2020 adalah tahun yang penuh cabaran untuk setiap insan di muka bumi. 2020 telah menguji ramai orang tidak kira umur dan walaupun tahun ini ‘berjalan’ dengan sangat laju tapi ia pergi meninggalkan tamparan yang kuat. Pandemik Covid-19 masih belum berakhir dan kita masih lagi berperang untuk putuskan rantaiannya. Buat masa ini, kerajaan telah membenarkan beberapa sambutan atau perayaan dilakukan namun ia haruslah mengikut SOP yang telah ditetapkan dan ia tidak boleh dilakukan secara besar-besaran. Tahun 2021 bakal tiba, namun disebabkan pandemik ini kita tidak dapat lakukan sambutan tahun baru seperti tahun sebelum ini.

via GIPHY

Jangan risau! Kami sedia bantu anda untuk penuhi cuti panjang dan buatkan sambutan tahun 2021 anda lebih bermakna. Hari ini kami akan kongsikan beberapa aktiviti yang anda boleh lakukan untuk buat sambutan tahun baru sendiri di rumah bersama keluarga terdekat dan kawan rapat.

Makan-Makan

Aktiviti yang melibatkan makanan pasti ramai yang suka. Pilih sahaja nak makan apa.. BBQ? Steamboat? Shellout? Semua syok. Anda juga boleh lakukan potluck atau memasak bersama-sama ahli keluarga untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Kalau tak nak penat, anda boleh kumpul duit satu keluarga dan order online sajor! Bolehlah mak-mak rehat pula ya dak?  Tidak semestinya buat aktiviti makan-makan ini di kedai, kita buat makan-makan di rumah pun seronok sebab boleh makan sambil bersantai dan borak serta membawang sampai tahun depan.

via GIPHY

Karaoke Time!

Siapa kaki karok pasti tak sabar nak masukkan sesi karaoke sebagai salah satu aktiviti sambut tahun baru! Anda tidak perlu bawa seluruh ahli keluarga atau rakan anda ke pusat karaoke.. Kita karok di rumah je! Sudah pasti kaki karok akan ada mikrofon mereka sendiri, haa inilah masanya kita buat pertandingan karok di rumah! Kalau ke pusat karaoke kita perlu bayar banyak jika ramai nak masuk, jadi karaoke di rumah lebih jimat! Anda buka sahaja YouTube, cari lagu kegemaran anda tapi pastikan ia minus one dan sediakan mic!

Mini Family Day

Walaupun tahun ini ramai yang tidak dapat lakukan family day di tempat yang jauh, tapi dengan norma baharu kini anda boleh lakukan family day di rumah. Anda boleh pilih salah satu rumah adik beradik atau boleh juga tumpang rumah mak ayah untuk tetapkan satu hari lakukan mini family day. Rancang bersama ahli keluarga lain aktiviti apa yang mudah tapi seronok untuk lakukan bersama. Contohnya anda boleh lawan congkak, isi air dalam botol, suami makeup si isteri dan banyak lagi! Kalau nak buat mini friend day pun boleh gais!

Family day at Huawei Spain, Madrid, 2017. United for a common goal! - Huawei Malaysia

Movie & Chill

Malas nak masak-masak? Tak ada mood nak karok? Tak larat nak buat family day? Jangan risau, kita layan movie dan rehat sahaja di rumah. Hamparkan tilam depan TV, kita tidur lambak satu keluarga! Aktiviti bermalasan seperti ini pun seronok juga. Sambil layan movie tu kita boleh sembang-sembang, cerita azam tahun baru, cabaran 2020 dan banyak lagi. Boleh juga ia jadi satu sesi luahan hati ke hati sambil bergolek ramai-ramai satu keluarga depan TV.. Syoknya!

Siapa kata sambutan tahun baru 2021 tidak meriah? Kita boleh buat apa sahaja kita mahukan asalkan ada jalan dan menepati SOP yang telah ditetapkan! Tidak perlu buat aktiviti besar-besaran untuk sambut tahun 2021 kerana tahun 2020 telah mengajar kita untuk lebih menghargai dan bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang daripada mengharapkan sesuatu yang tidak pasti. Hargai masa dan keluarga anda!

 

Baca juga:

Wajib Baca! Ini Penerangan Pejabat Mufti Berkaitan Isu Muslim Memakai Hiasan Hari Krismas

7 Barangan Pelik Dan Tidak Masuk Akal Yang Boleh Dibeli Secara Online

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement