Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Salahkah Wanita Jika Terlalu Berdikari?

Ada baik dan buruknya jika wanita terlampau berdikari.

Published

on

Perasaan simpati timbul apabila terlihat wanita mengandung bersendirian di klinik membuat pemeriksaan bulanan. Bukan itu saja, jika di pasaraya kadangkala pasti ada kelibat wanita yang membeli barang dapur bersama hanya anak-anak kecil menemani. Begitu juga setiap pagi di taska atau tadika, kebanyakkan yang menghantar anak-anak ke pusat asuhan pasti si ibu. Dari urusan anak hingga ke rumah tangga, percayalah ramai wanita mampu lakukannya tanpa bantuan suami.

Sumber Foto: aptparenting.com

Untuk wanita bujang pula, mereka seringkali menguruskan hidup sendirian. Dari kerjaya, perbelanjaan hidup, menghantar kereta untuk dibaiki, membeli perabut, sehingga memandu sendirian untuk pulang ke kampung halaman yang beratus kilometer jauhnya. Kononya tidak mahu menyusahkan orang lain.

Persoalannya, patutkah wanita terlalu berdikari?

Sumber Foto: alamy.com

Ada baik dan buruknya jika wanita terlampau berdikari. Tanpa disedari kemesraan bloleh terjejas di antara ibu bapa, pasangan mahupun suami. Wanita akan rasa seperti berkuasa dan tidak mahu mempedulikan orang lain atas sebab mereka berkebolehan dalam segala hal.

Jangan terkejut juga jika wanita yang terbiasa berdikari tidak sedar yang mereka hilang rasa hormat kepada orang lain terutama suami. Alasannya, dia boleh melakukan sendirian jika tiada bantuan daripada suami sekali pun.

Wanita yang terlampau berdikari akan berubah perangai sedikit demi sedikit. Mereka akan cepat marah, cepat merajuk dan kecil hati, suka menyalahkan orang lain dan akhirnya sibuk dengan stres membuatnya hilang fokus pada perkara penting. Ini disebabkan mereka terlampau letih atau penat menguruskan kehidupan sendirian.

Sumber Foto: Google Image

Positif dan baiknya wanita terlampau berdikari pula jika terjadi sesuatu kepada ibu bapa atau suami seperti hilang tempat bergantung, maka wanita ini mungkin tidak akan ‘terduduk’. Bahkan wanita jenis ini pasti boleh ‘bangkit’ sendiri untuk meneruskan hidup. Begitu juga dengan hal-hal berkaitan kewangan dan kerjaya. Adalah baik jika wanita itu mempunyai pekerjaan dan wang saku sendiri, maka mereka pasti tahu cara terbaik berbelanja untuk diri sendiri.

Kesimpulannya, berdikari atau tidak, ia perlu seimbang. Ada masa seseorang wanita itu memang perlu berdikari untuk meneruskan kelangsungan hidup agar tidak membebankan orang lain. Tetapi ada detik serta ketika wanita tidak perlu terlampau berdikari hingga menyebabkan pihak satu lagi tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna. Banyakkan berbincang dengan individu di sekeliling agar anda tidak membuat keputusan sendiri. Jika tiada tolak ansur dan kata putus dalam segala tugas dan perbuatan, maka dapatkan nasihat daripada mereka yang boleh dipercayai.

 

 

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement