Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Tunduk Di Jepun Ada Maksud Berlainan. Cara Tunduk Yang ‘Last’ Tu Paling Dasyat!

Sedang bercakap dalam telefon juga boleh dilihat mereka menundukkan badan…

Published

on

Jika anda pernah ke Jepun ataupun Korea, anda pasti biasa melihat rakyat mereka menundukkan kepala sebagai tanda hormat. Tindakan menundukkan badan ini secara tidak langsung sebenarnya mengingatkan diri mereka sendiri bahawa mereka masih lagi tidak sempurna. Mereka percaya individu yang berada di hadapan mereka ini mempunyai sesuatu yang boleh mereka pelajari walaupun hanya seorang tukang sapu.

Secara asasnya orang Jepun mementingkan penghormatan sebagai budaya utama. Sebab itulah mereka akan tunduk hormat apabila bertemu atau untuk perkara lain. Menunduk (Ojigi) selain daripada sikap menghormati, ia juga adalah sebagai tanda merendah diri individu itu sendiri tanpa mengira pangkat dan kedudukan seseorang.

Tahap menundukkan badan ini juga sebenarnya sangat serius sehinggakan apabila mereka sedang bercakap dalam telefon juga boleh dilihat mereka menundukkan badan. Tanda bahawa mereka memang mengamalkan budaya ini sehingga ke tahap seperti itu!

Bukan itu sahaja, mereka juga sangat menghormati alat, kenderaan, makanan, haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang membantu mereka dalam permudahkan urusan seharian. Sebagai contoh, penjaga keretapi akan menundukkan kepalanya apabila keretapi melintas sehingga hilang dari pandangan. Sampai begitu sekali amalan orang Jepun yang pasti sukar diikuti oleh masyarakat Negara lain.

Sumber Foto: blog.umy.ac.id

Seni tunduk begitu penting di negara ini dimana kanak-kanak mempelajarinya dari usia muda. Terdapat banyak cara yang berbeza untuk tunduk di Jepun samada berdiri atau duduk. Berikut adalah beberapa cara untuk melakukannya:

  • Tunduk sapaan (eshaku) 15°- untuk orang-orang yang sama taraf atau pangkat.
  • Tunduk hormat (keirei) 30° – khas untuk guru atau bos.
  • Tunduk hormat yang mendalam (saikeirei) 45° – harus digunakan jika anda memohon maaf atau melihat Maharaja.

Mereka akan tunduk pada waktu ini

Sumber Foto: Google Image

  • Ucapan Selamat – Gerak isyarat digunakan untuk mengucapkan apa khabar, hai, atau selamat tinggal tidak kira kepada orang dikenali atau tidak. Ia juga tidak perlu diucapakan, sekadar menunduk dan individu lain pasti mengerti. Ia tanda sapaan yang sopan walaupun sedang berjalan atau bergegas dengan pantas.
  • Sapaan Perkenalan – Dalam perjumpaan samada rasmi atau tidak, menunduk adalah sebagai tanda perkenalan.
  • Tanda Hormat – Tunduk adalah ungkapan kerendahan hati. Ia sentiasa menunjukkan penghormatan.
  • Upacara Keagamaan – Ia perkara biasa dilakukan oleh pengamal ajaran Shinto. Untuk upacara keagamaan selalunya orang Jepun akan menunduk paling bawah dan rendah. Ia tanda sangat menghormati pada peringkat tertinggi.
  • Seni Pertahankan Diri/ Sukan – Seni mempertahankan diri Jepun mempunyai konvensyen tersendiri. Penghormatan yang besar diberikan kepada sensei anda (guru). Ia juga penting untuk menunjukkan penghormatan kepada lawan anda.

Sumber Foto: es.wasa-bi.com

  • Hormat Pelanggan/ Tetamu – Di Jepun, pelanggan dianggap seperti tuhan atau dewa. Oleh itu, mereka sentiasa dihormati dan dilayan dengan sebaiknya.
  • Tanda Terima Kasih/ Penghargaan – Ia perkara biasa di Jepun untuk mengucapkan terima kasih kepada orang lain. Tidak dapat dipastikan seberapa kerap orang Jepun mengucapkan perkataan ‘terima kasih’dalam sehari.
  • Permohonan Maaf – Orang Jepun tidak takut untuk mengaku salah. Mereka sentiasa menghormati antara satu sama lain dan segera menyatakan maaf jika membuat kesalahan. Sehinggakan Perdana Menterinya juga tidak takut untuk memohon maaf kepada rakyat jika kesalah tersebut di atas tangunggjawabnya.

Ini tahap tunduk jika buat salah

Sumber Foto: kyokushinkaikan.com.br

  1. Permintaan maaf yang ringan melibatkan tundukkan kepala 15°. Ini boleh digunakan jika anda bertemu dengan orang yang tidak dikenali atau menyebabkan ketidakselesaan kepada seseorang. Sebagai contoh, jika seseorang memegang pintu lif untuk anda. Katakanlah Sumimasen (maafkan saya).
  2. Jika bos anda marah pada anda – tunduk 30° badan atas adalah teratur. Tahan selama 5 saat. Katakanlah Sumimasen Deshita (saya minta maaf atas apa yang saya lakukan).
  3. Katakan anda seorang CEO syarikat dan syarikat anda mengeluarkan produk yang tidak berapa elok. Pada sidang akhbar, anda boleh memohon maaf dengan tunduk 45° panjang badan atas. Ia mungkin sesuai untuk memegang kedudukan tunduk selama 15 atau 20 saat. Katakanlah Moushiwake Gozaimasen Deshita (saya sangat menyesal atas apa yang saya lakukan).

via GIPHY

4. Tunduk merayu 70° – digunakan pada masa kini jika anda telah melakukan sesuatu yang sangat salah dan benar-benar dahsyat.

 

 

 

 

 

Sumber: umy blog Japan Info

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement