Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Mudah! Tumis Kacang Panjang Bersama Telur Masin

Mudah je! Tak perlu berada lama-lama di dapur pun.

Published

on

Telur rebus adalah antara makanan yang biasa dimakan oleh masyarakat pelbagai kaum di Malaysia tapi tidak telur masin. Hanya masyarakat Cina dan segelintir masyarakat Melayu saja yang menggemari telur masin.

Telur masin sepertimana namanya, telur yang telah diasinkan dan biasanya menggunakan telur itik. Namun, ada juga yang menggunakan telur ayam untuk dijadikan telur masin.

Setiap orang ada cara masak mereka yang tersendiri. Itulah tujuan kami buat artikel ni untuk kongsikan menu kacang panjang tumis telur masin. Jangan risau, rasanya sedap dan paling penting cara masakannya mudah!

Bahan penyediaan

  1. Bawang merah 1 biji.
  2. Bawang putih 5 ulas.
  3. Cili merah besar 4 batang.
  4. Kacang panjang seikat sudah dipotong sepanjang 1 cm.
  5. Telur masin yang sudah direbus.
  6. Perasa 1 sudu kecil.
  7. Gula 1 sudu kecil.

Cara penyediaan

  1. Tumbuk manja bawang merah, putih dan cili.
  2. Goreng bahan yang sudah ditumbuk sehingga naik bau dan bawang bertukar kekuningan.
  3. Masukkan telur masin dan hancurkan tapi jangan terlalu lumat. Orang mat saleh kata, just nice.
  4. Masukkan serbuk perasa dan gula.
  5. Akhir sekali, masukkan kesemua potongan kacang panjang.
  6. Hidangkan!

Mudah saja! Tujuh bahan dan enam langkah penyediaan. Tak sampai 10 minit, hidangan dah siap terhidang.

Nak lagi sedap, makan bersama sambal belacan. Memang padu habis!

Selamat mencuba!  

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Resipi Roti Puri Paling Simple Tanpa Yis. Tetap Kembung & Menjadi Elok Je

Hanis Zalikha Kongsi Resipi Sup Ayam Berkhasiat Bila Yusuf Selsema

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement