Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Manfaat² Tersembunyi Semasa Belajar Bermain Alat Muzik

Yang belajar main muzik mesti setuju…

Published

on

Bila sebut sahaja pasal alat muzik, mesti alat muzik pertama yang kebanyakan daripada semua pernah main adalah Recorder kan? Sebab waktu sekolah dulu ada subjek muzik dan alat muzik yang digunakan adalah recorder. Dalam banyak-banyak alat muzik pula, yang paling kerap menjadi rebutan untuk dipelajari adalah gitar. Mungkin ada juga antara kita yang minat pada muzik tapi parents tak bagi main. Katanya buang masa dan tidak mendatangkan faedah. Takut kita jadi macam Kassim Selamat kot yang mak mertua dia tak suka dia menjadi ahli muzik.

Sebenarnya bermain alatan muzik ni ada manfaatnya yang tersendiri terhadap diri kita. Jadi agak salah kalau nak cakap main alat muzik ni hanya membuang masa dan tidak bermanfaat. Jadi jom kita kupas sikit apa manfaatnya.

Bagus Untuk Tubuh Badan

Terdapat kajian yang menyeluruh menunjukkan hasil positif jangka panjang kepada kanak-kanak yang bermain alat muzik. Kanak-kanak yang belajar bermain alat muzik dapat memperkuatkan kemahiran berfikir secara abstrak berbanding kanak-kanak yang hanya bermain video game. Maksudnya pengetahuan bermain alat muzik dapat merangsang otak kanak-kanak untuk menjadi lebih kreatif. Walaupun belajar matematik dan sains tu bagus untuk otak, belajar muzik pun ada manfaatnya yang tersendiri. 

 

Bagi yang dewasa, bermain alat muzik dapat mengurangkan tekanan, meningkatkan produktiviti, mengembangkan kreativiti dan membina kenyakinan. Mungkin kesannya tak sama dekat semua orang, tapi tak salah kalau nak cuba. 

Belajar Muzik Mampu Menguatkan Otak

Mungkin ada di antara kita yang percaya dengan bermain alat muzik kita akan menjadi lebih pandai sebab otak kita mampu bermain alat muzik yang rumit tu. Tapi betul ke? Ada banyak kajian dilakukan untuk menentukan sama ada muzik tu mengubah cara otak kita bekerja atau sekadar mengubah mood kita dan menjadikan kita senang berfikir.

Para saintis yang membuat kajian ini telah menemui bahawa bermain alat muzik atau mendengar muzik boleh membuatkan kita jadi lebih pandai. Hal ini kerana aktiviti tersebut dapat melepaskan lebih banyak elemen yang bertanggungjawab menguatkan keupayaan otak seperti BDNF, CREB dan Synapsin I. Oleh itu, dengan bermain alat muzik, kita sebenarnya sedang membina otak kita serta pertumbuhan saraf dan menjadikan kita lebih pandai, kuat dan dapat melakukan aktiviti harian dengan baik. 

Tambahan lagi, kalau kita belajar atau bermain alat muzik, kemahiran matematik, memori dan pemahaman kita juga akan meningkat. Mungkin ada betul juga bila tengok pemuzik-pemuzik yang mampu menghafal banyak nota muzik dalam sesuatu konsert. Bukan senang sebenarnya nak main 15 lagu dalam satu konsert. Hasil dari penemuan ini menunjukkan pembelajaran di sekolah akan jadi lebih mudah bila kita belajar main alat muzik.

Bantu Kita Bersosial Dengan Lebih Mudah

Muzik juga membantu dalam kita bersosial, termasuklah dalam persekitaran kerja, dengan kawan-kawan dan hubungan dengan pasangan anda. Sebenarnya cara badan dan otak kita mempelajari muzik adalah sama dengan cara kita mempelajari atau meningkatkan kemahiran lisan dan komunikasi. Selain itu, latihan muzik akan menguatkan otot yang sama digunakan semasa kita menumpukan perhatian atau mendengar. Kemahiran-kemahiran ini adalah kemahiran penting yang digunakan semasa kita bersosial. 

Muzik Mempengaruhi Emosi Seseorang

Yang ni rasanya ramai yang dah tahu. Muzik mampu mempengaruhi emosi seseorang. Muzik mempunyai kesan yang kuat terhadap emosi kita, dan perkara ni tak perlu tunggu para saintis untuk bagitahu. Muzik dikatakan mempunyai manfaat kepada psikologi seseorang. Kalau kita bermain muzik secara berkala, secara tak langsung kita sedang mengajar diri kita untuk menjadi tekun, berdisiplin dan bertanggungjawab. Selain itu, kita akan berasa puas kalau dapat menguasai ilmu muzik dan dapat bermain alat muzik dengan baik. Secara tak langsung ia memberi kesan kepada emosi kita dan membuatkan kita lebih positif terhadap diri kita. 

 

Baca juga artikel menarik lain:

8 Kes Saman Yang ‘Rare’ Dan Tak Masuk Akal

6 Seni Mempertahankan Diri Yang Bahaya Dan Mampu Membunuh

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement