Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Malaysia Tidak Bersedia Jika Diancam Virus Nipah?

Pada tahun 2015, WHO telah menyenaraikan Wabak Nipah antara wabak-wabak yang berpotensi untuk muncul semula akan datang.

Published

on

Belum lagi reda dengan pandemik COVID-19, virus Nipah yang bermula di China dikatakan berpotensi menjadi pandemik besar seterusnya dengan kadar kematian diramal sehingga 75 peratus.

Adakah Malaysia bersedia untuk mengharunginya dengan kes harian COVID-19 sendiri yang masih belum menunjukkan penurunan?

Menurut laporan akhbar Britain The Guardian, Pengarah Eksekutif European Foundation for Access to Medicine, Jayasree K Iyer berkata, virus tersebut adalah penyakit berjangkit lain yang muncul dan boleh merebak pada bila-bila masa.

60 peratus koma dan perlukan bantuan pernafasan

Menurutnya, mereka yang dijangkiti akan mengalami demam yang teruk, batuk, sakit kepala, sakit perut, muntah, masalah menelan dan penglihatan kabur, manakala sekitar 60 peratus yang dijangkiti virus tersebut akan mengalami koma dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Nipah adalah salah satu daripada 10 penyakit berjangkit yang dikenal pasti oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai ancaman terbesar bagi kesihatan awam. Syarikat-syarikat farmaseutikal tidak bersedia untuk menghadapi situasi ini,” katanya.

Perkongsian daripada portal Public Health Malaysia pula mengatakan wabak misteri ini menyebabkan 265 kes keradangan otak di laporkan dengan 105 kematian. Industri penternakan babi yang bernilai Billion ringgit lumpuh serta merta.

Seorang demi seorang, tumbang, mati. Pemuda yang sihat sejahtera, keesokannya pengsan, dengan otak yang bengkak. Tidak boleh bergerak. Tidak boleh bercakap.

Tiada apa yang boleh dilakukan. Tiada ubat. Tiada vaksin. Separuh daripada pesakit meninggal dunia

Setakat ini, masih tiada ubat serta vaksin bagi menangani penyakit ini.

Selepas 10 tahun, belum lagi ada wabak nipah Di Malaysia. Namun, tiada siapa berani kata ianya tidak akan muncul lagi. Lebih menakutkan, pada tahun 2015, WHO telah menyenaraikan Wabak Nipah antara wabak-wabak yang berpotensi untuk muncul semula akan datang. Moga kita dijauhkan dari wabak ini.

 

 

Baca juga:

“I Will Eat Till I Die”-Lelaki Obesiti Hanya Mampu Main  Game& Berbogel

Saluran Pernafasan Pecah Sebab Tahan Bersin? Doktor Pesan Jangan…

 

 

 

Sumber: Sinarharian, Facebook PHM

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement