Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Ketiak Gatal Dan Sakit Lepas Pakai Deodoran? Ini Bahan Kimia Yang Anda Perlu Ambil Tahu!

Gunalah deodoran yang sesuai dengan kulit anda…

Published

on

Mungkin ada di antara kita yang pernah mengalami situasi di mana ketiak berasa gatal serta sakit selepas memakai deodoran. Masa rasa gatal-gatal tu mungkin juga ada yang fikir ia bukanlah perkara yang serius, tapi awas anda mungkin mempunyai tindak balas alergi terhadap deodoran itu. 

Paling tak best bila deodoran tu baru je beli tapi dah mendatangkan mudarat pula pada kita. Jadi di sini Kool FM akan kongsikan punca serta cara merawat kegatalan ketiak anda dengan kaedah yang selamat.

Berhati-Hati Dengan Bahan Kima Dalam Deodoran

Sejak usia remaja, kita sudah diperkenalkan dengan pemakaian deodoran, dan ia sudah menjadi salah satu bahan kosmetik yang kita semua gunakan setiap hari. Buat mereka yang mempunyai bau badan yang kurang menyenangkan atau yang kuat berpeluh, tentulah pemakaian deodoran ini wajib. Kalau tak memang hilang kenyakinan diri nak bergaul dengan masyarakat. 

 

Melalui perkongsian dalam Hello Doktor, kebiasaannya sebotol deodoran mengandungi gabungan deodoran dan juga bahan antipeluh (antiperspirant). Tapi jangan panik sebab ia sama seperti sabun mandi, shampoo dan juga bahan-bahan kosmetik lain yang mengandungi bahan kimia yang asing untuk kita. Jadi, antipeluh ini adalah salah satu bahan kimia yang selalu kita letakkan di bahagian ketiak kita.

Bagaimanapun, ada masa bahan kimia ini boleh menyebabkan kegatalan pada bahagian ketiak kita. Jika ianya berlaku, cuba periksa sama ada anda mempunyai alergi ataupun tidak dengan bahan yang terkandung dalam deodoran yang anda gunakan itu.

Timbul Warna Kemerahan Dan Rasa Sakit Serta Gatal

Mungkin ada di antara kita yang tak aware dengan perkara ini, tapi kalau anda mengalami gatal-gatal, sakit dan ketiak anda mula kemerahan, berkemungkinan anda mempunyai alahan terhadap bahan kimia dalam deodoran itu. Alahan yang disebabkan oleh bahan kimia yang bersentuhan dengan kulit anda dinamakan alahan dermatitis sentuh (contact dermatitis). Kalau tak pasti juga reaksi alahan yang dimaksudkan, periksa dahulu tanda-tanda ini:

  • Kulit jadi kemerahan
  • Rasa sakit dan pedih
  • Kulit jadi berkuping dan naik ruam
  • Rasa gatal-gatal yang amat sangat
  • Timbul ketulan pada permukaan ketiak

 

Sakit serta gatal-gatal yang dialami ini tidaklah sehingga mengancam nyawa, namun ia tetap menyebabkan kita rasa tidak selesa. Selain itu, perlu diingat juga bahawa tindakbalas alahan ini tidak berlaku serta-merta. Boleh jadi selepas berbulan menggunakan deodoran itu barulah datang tanda-tanda yang dinyatakan tadi.

Bahan apa yang sebabkan ketiak sakit dan gatal?

Seterusnya kita pergi pula ke bahan yang biasanya akan membuatkan kulit anda kegatalan dan sakit. Bila dah tahu bahan-bahannya, tak adalah kita tersalah beli deodoran lepas ni. Setiap deodoran yang anda beli tentu ada informasi di bahagian belakang. Jadi, perhatikan tiga bahan ini yang selalunya memberikan alahan pada kulit anda:

1. Pewangi (parfum)

Pewangi merupakan bahan yang selalu menjadi punca alergi. Walaupun kita nak kekal wangi dengan memakai deodoran, namun kalau kita mempunyai alergi terhadap pewangi memang kena elakkan lah. Kalau tidak habis gatal-gatal ketiak kita! Sebuah kajian yang dijalankan mendapati mereka yang alah terhadap bahan pewangi dalam deodoran beransur pulis selepas bertukar kepada deodoran dan antipeluh yang tidak mempunyai sebarang kandungan pewangi.

2. Aluminium

Aluminium ataupun garam aluminium merupakan bahan yang digunakan secara meluas dalam produk kosmetik, dan deodoran juga tidak terlepas. Kalau nak tahu, bahan inilah yang menyekat ketiak kita daripada berpeluh. Bahan ini dikatakan boleh membuatkan ketiak anda bengkak dan sakit.

3. Paraben

Bahan yang terakhir adalah paraben, iaitu bahan yang digunakan di dalam kosmetik untuk mengelak pertumbuhan kuman, fungi dan yis. Walau bagaimanapun, banyak produk yang telah mengeluarkan paraben daripada formulasi mereka kerana kebimbangan pengguna mengenai paraben yang mungkin boleh mengakibatkan kanser. 

Tetapi, American Cancer Society menafikan bahawa paraben boleh mengakibatkan kanser. Malah, masih tidak ada bukti yang kukuh sehingga ke hari ini yang dapat mengaitkan paraben dengan risiko kanser. Kita pula sebagai pengguna ambillah langkah berjaga-jaga terhadap bahan-bahan yang boleh mendatangkan mudarat terhadap tubuh badan kita.

Langkah Membuang Rasa Gatal Selepas Pakai Deodoran

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah basuh ketiak anda dengan air yang mengalir. Selepas basuh tu anda akan rasa kurang sakit dan gatal-gatal. Selepas itu, cuba hilangkan sebanyak mungkin sisa deodoran yang ada pada ketiak anda. Nak lagi efektif, gunakan sabun yang mempunyai pH yang neutral.

 

Seterusnya, keringkan ketiak anda dengan kain kering dan sapukan krim yang boleh membuatkan ketiak anda rasa sejuk dan lega. Kalau masih rasa pedih dan gatal, anda boleh gunakan ais atau apa-apa bahan yang sejuk untuk ditekapkan pada ketiak anda. Lepas ketiak anda dah beransur pulih, bolehlah cari deodoran lain yang sesuai dengan kulit anda. Tapi kalau anda masih mengalami gatal-gatal dan rasa sakit, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Peranti Android Anda Mungkin Dalam Bahaya. Padam Segera 17 Aplikasi Ini!

Bijak Urus Pembelajaran Maya Dan Ikuti Langkah Ini Untuk Kesihatan Kekal Optimum

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement