Gaya Hidup
Ketahui Pentingnya Lighter Bila Masuk Hutan
Percaya atau tidak, ini hanyalah petua yang dikongsikan oleh salah seorang pendaki yang mahir.
Mungkin ada yang memandang enteng tapi petua masuk hutan itu perlukan persiapan rapi.
Malah, sesiapa saja yang berhajat untuk masuk ke rimba perlu membuat beberapa persiapan dengan bertanya mereka yang biasa dengan aktiviti lasak ini kerana ada makhluk lain yang berada di situ selain manusia.
Berikutan itu, terdapat beberapa barang yang wajib dibawa jika masuk ke hutan antaranya parang, mancis, pemetik api, botol air dan macam-macam lagi tapi pernah terfikir tak kenapa kita kena bawa pemetik api?
Menurut satu perkongsian di laman twitter, fungsi pemetik api adalah membantu deria bau kita yang terhad.
Bagaimana cara menggunakannya?
Mudah saja, cuba nyalakan lighter dan perhatikan pada api condong ke arah mana. Jika ke kiri akibat angin sepoi-sepoi, bermakna bau tersebut berada di kanan kita. Begitu jugak sebaliknya.
Seterusnya jika api dalam keadaan tegak bermakna bau tersebut tak jauh dari kita semampu hidung dapat mengesan bau tersebut.
Selain itu, fungsi lighter juga adalah untuk memudahkan anda menghidupkan api untuk tujuan memasak atau membuat unggun api.
Akhir sekali, jika terhidu bau seperti bangkai ketika berada di hutan tebal, maka berhati hatilah kerana kemungkinan besar terdapat binatang yang mati atau Pak Belang berhampiran. Ini kerana pembangkai biasanya berbau busuk.
Percaya atau tidak, ini hanyalah petua yang dikongsikan oleh salah seorang pendaki yang mahir.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Akibat Kerap Dibuli, Lelaki Ini Pilih Untuk Hidup Dalam Hutan
Babi Hutan Masuk Shopping Mall Alamanda!
Sumber: twitter