Connect with us
Webinar Kool

Gaya Hidup

Kes Makin Banyak Di Selangor, Kurung Diri Jika Tiada Urusan Penting Di Luar

Klang mencatatkan kes aktif tertinggi iaitu 22 kes..

Published

on

Lonjakkan kes sehingga 260 pada 1 Oktober ternyata membuatkan ramai panik. Di Selangor sahaja telah direkodkan 13 kes tempatan baharu menjadikan kes aktif keseluruhan di negeri itu berjumlah 66 kes. Dan terbaru 287 kes dilaporkan pada 2 Oktober 2020!

Berdasarkan maklumat di Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), 13 kes yang direkodkan semalam membabitkan tujuh kes daerah Petaling iaitu empat kes saringan pulang dari Sabah di Damansara, dua kes saringan pulang dari Sabah di Sungai Buloh serta satu kes saringan pulang dari Sabah di Petaling.

Lima kes direkodkan di Klang (tiga kes saringan kontak rapat dan dua kes saringan pulang dari Sabah) serta satu kes di Sepang membabitkan satu kes saringan pulang dari Sabah di Dengkil.

Sehingga semalam, hanya dua daerah yang bersih daripada Covid-19 iaitu Kuala Selangor dan Sabak Bernam manakala tujuh daerah lain merekodkan kes aktif. Klang mencatatkan kes aktif tertinggi iaitu 22 kes, Petaling (19), Hulu Langat (15), Hulu Selangor (6), Sepang (2) dan masing-masing satu kes aktif di Kuala Langat dan Gombak.

Sejumlah 2,284 kes COVID-19 direkodkan Selangor iaitu 2,007 adalah kes tempatan, 277 kes luar negara, manakala kematian pula mencatatkan 24 orang.

Kurung diri & elak berkumpul

Satu nasihat yang boleh dikongsikan ketika ini adalah untuk tidak takut berasa curiga terhadap individu lain. Tidak mustahil, kawan-kawan atau jiran-jiran kita sendiri telah mendapat jangkitan walaupun mereka tidak menunjukkan tanda-tanda seperti demam, sakit tekak atau selsema. Elakkan berkumpul atau berbual kosong dengan rakan sekerja atau jiran-jiran.

Walau sudah berkali diingatkan, anda harus sentiasa cuci tangan dengan kerap dan sentiasa memakai pelitup muka apabila bertemu orang lain atau berada di tempat awam. Keluar rumah hanya untuk ke tempat kerja atau menjalankan urusan penting. Tidak perlu membawa ahli keluarga apabila keluar untuk membeli barangan keperluan. Golongan berisiko tinggi seperti penghidap penyakit kronik termasuk darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis dinasihatkan untuk duduk di rumah dan mengelakkan diri daripada berjumpa orang lain.

 

 

 

 

 

Sumber: Hmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement