Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Elakkan Datang Majlis Kahwin Dengan Tangan Kosong! ‘At Least’ Bagi Hadiah ‘Rare’ Ni

Hadiah yang kami senaraikan ni tak mahal pun, tak sampai ratusan ringgit pun tapi ia sangat berguna untuk kehidupan berumah tangga. Antaranya adalah…

Published

on

Makin meningkat usia, makin banyak jemputan kahwin diterima. Kalau tak menghadiri majlis perkahwinan kawan-kawan, mungkin menghadiri majlis kahwin anak kepada kawan kita yang sudah melangkah ke alam perkahwinan.

Bila ingat semula, cepatnya masa berlalu zaman remaja kita dulu. Bukan nak imbau kenangan dulu tapi nak kongsi senarai hadiah rare yang anda boleh beri kepada pengantin.

Mungkin ada diantara kita ni selalu datang berlenggang-kangkong je, alasannya tak ada idea nak bagi hadiah apa. Sekurang-kurangnya bawalah buah tangan sikit.

Senarai Lengkap Cadangan Hadiah Kahwin Untuk Pengantin
Hadiah yang kami senaraikan ni tak mahal pun, tak sampai ratusan ringgit pun tapi ia sangat berguna untuk kehidupan berumah tangga. Antaranya adalah…

Gula dan garam

Nampak je pemberian ni simple tapi ia membawa penuh maksud. Dalam rumah tangga, tak semua yang ditempuh manis belaka. Ada asam garam. Itulah realiti yang perlu ditelan. Itulah maksud pemberian hadiah gula dan gram. Oh! Sebelum balut, jangan lupa isi siap-siap dalam bekas yang sesuai untuk letak garam dan gula.

Set stokin

Janganlah beli stokin yang biasa tu. Beli stokin yang bercorak rare sikit! Kalau rasa hadiah ni terlalu sikit. Beli je stokin yang kepelbagaian. Misalnya, sepasang bercorak, mempunyai biji getah di bawah tapak (selalu digunakan ketika berpantang) dan stokin pendek paras buku lali. Cukup lah tu 3 pasang!

stoking wanita Stoking tabung wanita musim bunga dan musim bunga empat musim pertengahan wanita pelajar dewasa tua set besar stoking Korea murah dan banyak pasang | Shopee Malaysia

Set senduk

Cliche kalau kita bagi set periuk. Apa kata, kita bagi set senduk yang kepelbagaian fungsi. Senduk nasi, senduk gulai, penyepit, pemukul telur, sudip dan peralatan set memasak yang lain. Mudah je kan? Murah pun murah!

Rempah ratus

Kita orang asia ni kalau bab memasak memang tak lari dengan bahan rempah ratus. Bagi je rempah ratus seperti, asam keping, serbuk lada hitam, serbuk kari, lada putih, serbuk kayu manis, buah pelaga, jintan manis, jintan putih, bunga cengkih, bunga lawang. Isi dalam bekas berlainan.

Itulah antara senarai idea hadiah yang mungkin orang tak selalu bagi tapi pengantin memerlukan selepas mendirikan rumah tangga. Barang keperluan asas.

Bukan apa, kesian pihak keluarga pengantin, dah keluar modal puluhan ribu untuk kemeriahan majlis dan kepelbagaian hidangan makanan yang best, kita pula datang tak bawa apa-apa. Lagipun, bukankah dalam Islam menggalakkan kita selalu memberi daripada menerima?

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“TQ Cik Somi, I Lap You” – Isteri Terharu Suami Hadiahkan Gold Bar, Tapi Rupa-Rupanya…

Isteri Teruja Dapat Hadiah Gold Bar Dari Suami, Rupa-Rupanya Kiub Pati Ayam…Lucu!

Sumber: marthastewart

 

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement