Gaya Hidup
Cara Elakkan Petai Dari Cepat Busuk
Senang je caranya..
Bagi peminat petai, pasti seronok bila dapat baca artikel ni kerana Kool FM akan kongsikan cara simpan petai dengan mudah dan mampu memberi kesegaran yang tahan lama.
Mungkin ramai mengagak lebih kurang seperti mengawet sehingga menjadi jeruk tapi sebenarnya tidak kerana tip yang dikongsikan ni sedikit lain cara penyediannya.
Sumber: slviral
Cara-caranya…
- Kupas kesemua petai. Kalau boleh kupas banyak-banyak. Iyalah, dah alang-alang nak awetkan dalam tempoh yang lama. Biar sekali banyak terus!
- Sementara itu, panaskan air sehingga mendidih.
- Selepas kupas, basuh kesemua petai yang sudah dikupas dan masukkan ke dalam bekas.
- Masukkan air panas mendidih ke dalam bekas berisi petai dan biarkan selama 2 hingga 3 minit.
- Sementara itu, sediakan satu lagi bekas yang mengandungi beberapa kiub ais dan air sejuk.
- Setelah itu, tapis petai tadi dan masukkan ke dalam bekas sejuk pula.
- Biarkan selama 10 minit.
- Angkat ke semua petai, toskan dan keringkan dengan tisu.
- Kemudian, masukkan ke dalam plastik untuk dibungkuskan.
- Masukkan ke dalam peti ais untuk penyejukbekuan.
- Hidangkan bila nak makan.
Selamat mencuba!
Sumber: facebook