Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Cara-Cara Berkesan Memulakan Habit Baru. Belum Cuba Belum Tahu!

Jom cuba try test cara-cara ini.

Published

on

Habit baru bukanlah sesuatu yang mudah untuk dibentuk, tetapi ia tidak mustahil juga untuk dicapai. Mungkin ada di antara anda yang cuba untuk membina habit baru tetapi gagal. Tapi kalau kita gunakan teknik yang betul, tak mustahil lama kelamaan ia menjadi perkara normal dalam kehidupan seharian kita. Jadi ini adalah tiga cara yang paling berkesan untuk memulakan habit baru. 

Cabaran 30 Hari

Biasanya kita akan lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu cabaran. Ibarat kita ingin mencabar kemampuan diri kita. Jadi cabaran 30 hari ini sangat sesuai sebagai permulaan untuk membina tabiat baru. Ini adalah langkah-langkah untuk melakukan cabaran 30 hari.

  • Memilih satu tabiat yang ingin dibiasakan atau dihentikan. Contohnya anda mahu jadikan membaca buku tu sebagai habit baru, ataupun anda mahu hentikan habit makan makanan ringan. 
  • Menulis atau membuat senarai tabiat baru tu di atas kertas sebanyak 30 kali. Jadi setiap kali anda berjaya melakukan tabiat tersebut anda akan tandakan tick pada hari tersebut.
  • Cuba untuk mencapai matlamat sekurang-kurangnya 25 hari melakukan habit yang baru tu supaya ia lebih mudah menjadi kebiasaan pada diri. 

Kaedah ini lebih kepada konsep istiqomah lah dalam melalukan sesuatu amalan baru. Kalau kita istiqomah atau konsisten melakukan sesuatu perkara, tak mustahil ia akan membentuk habit baru dalam diri kita. Selepas habis 30 hari tu kalau boleh jangan terus berhenti dan keep on practicing apa yang kita dah lakukan selama sebulan tu

Henti Gelung Tabiat

Apa tu Gelung Tabiat? Dengar macam sejenis barangan sukan pula. Tapi ia merupakan satu kitaran tabiat yang kita sering lakukan dalam kehidupan harian kita. Contohnya tabiat menonton Netflix selama berjam-jam selepas pulang dari kerja. Mungkin kalau sekali sekala tu kira okay lagi. Tapi kalau dah hari-hari ia boleh menjadi habit yang membuangkan masa kita yang sepatutnya kita gunakan untuk berehat.

Dalam Gelung Tabiat terdapat tiga perkara yang perlu dilihat iaitu Pencetus, Rutin dan Ganjaran. Pencetus adalah perkara yang mencetuskan sesuatu perbuatan seperti perbuatan baring di sofa selepas pulang ke rumah. Rutin pula adalah perkara yang kita lakukan kebiasaannya selepas kita pulang ke rumah, seperti menonton Netflix. Manakala ganjaran pula adalah apa yang kita dapat selepas menonton Netflix, seperti mendapat kepuasan dan keseronokan menonton rancangan kegemaran kita. Jadi Gelung Tabiat ini harus dihentikan.

Cara menghentikannya adalah dengan menukar Pencetus, Rutin dan juga Ganjaran kepada perkara lain. Jika selepas pulang ke rumah kita selalu terus berehat ke sofa, mungkin lepas ni kita boleh menukar habit tersebut seperti terus mandi selepas sampai ke rumah. Jadi kita akan membuat satu kitaran habit baru dan juga menghentikan habit lama dalam masa yang sama. 

Teknik Penggantian

Teknik penggantian adalah teknik yang digunakan untuk mengisi kekosongan habit yang ditinggalkan. Contoh kalau setiap malam kita sering menghabiskan masa di media sosial sebelum tidur (di mana ia merupakan habit yang kurang baik), maka bila habit itu dihentikan kita akan mempunyai ruang masa yang kosong dalam satu atau dua jam sebelum tidur. Jadi teknik penggantian ini adalah untuk menggantikan masa yang terluang itu dengan perkara lain. Dalam situasi tadi, kita cuba gantikan dengan amalan membaca buku sebelum tidur. Maka, masa kita yang telah dikosongkan tadi telah diganti dengan amalan yang lebih baik, dan jika diteruskan akan membina habit baru.

Kesemua kaedah-kaedah ini hanya lah panduan untuk anda yang telah lama mencari cara untuk memulakan habit baru atau menghentikan habit lama, dan keberkesanan kaedah-kaedah ini bergantung kepada diri masing-masing. Kalau anda betul-betul nak menanamkan habit baru yang baik, bolehlah cuba cara-cara ini. Selamat mencuba!

Baca juga artikel menarik yang lain:

Apa Yang Menarik Dalam Tangisan Kita?

Bahaya Kongsi Nombor Akaun Bank Sewenangnya, Data Peribadi Boleh Diceroboh!

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement