Gaya Hidup
Busuk & Bernanah! 5 Cara Tradisional Ini Untuk Rawat Kuku Cengkam
Tiga bahan di atas ni rasanya memang dah ada dekat dapur kan? Pilih je mana satu. Lebih cepat lebih bagus! Kalau tak boleh juga, pergi ke klinik untuk minta bantuan doktor okay?
Pada yang pernah mengalami kuku cengkam, mesti tahu rasa perit kesakitannya dan yang sedang mengalaminya, mesti nak cepat sembuh. Tak apa, jangan risau sebab kami ada tip tradisional yang boleh merawat kuku cengkam ni tapi dengan syarat anda kena tahan sikit rasa sakit.
Barang utama yang perlu disediakan adalah ketip kuku atau pisau kecil untuk mencungkil lebihan kuku yang menyucuk tepi isi ibu jari kaki dan bahan-bahan berikut.
Sumber: curiospa
Daun Inai – Ambil segenggam daun inai dan tumbuk sehingga halus. Kemudian, balutkan pada ibu jari yang kena cagu tu. Biarkan sampai ia kering dan barulah buangkan inai tadi. Bau nanah akan hilang dan bolehlah buang cengkam tanpa mencium bau busuk.
Santan Pekat – Ambil segenggam kelapa parut yang belum digunakan lagi. Kemudian, perah air santan pekat, rendam kaki dalam santu, biarkan 20 minit dan basuh kaki bersih-bersih. Bila dah rendam, barulah mudah nak buang lebihan kuku tu.
Cuka epal – Beberapa titik cuka epal dimasukkan ke dalam air rendaman kaki boleh mengurangkan jangkitan pada kuku yang terkena cagu. Ia boleh membunuh kuman dan bakteria yang ada di bahagian tersebut sekaligus memudah membuang cagu.
Sumber: muslimmeekuning
Tiga bahan di atas ni rasanya memang dah ada dekat dapur kan? Pilih je mana satu. Lebih cepat lebih bagus! Kalau tak boleh juga, pergi ke klinik untuk minta bantuan doktor okay?
Sumber: dakwahdalammedia